10 Masalah penyusuan Ibu dihadapi oleh Ibu Menyusu


Dunia penyusuan susu ibu penuh cabaran. Bukan semua ibu mampu untuk menyusukan bayinya. Kadangkala datang ujian yang membuatkan ibu putus asa untuk terus menyusukan bayi. Jom kita kenal pasti apakah 10 masalah penyusuan yang biasa dihadapi dan apakah cara untuk mengatasinya


1. Payudara tersumbat dan susu tidak keluar

Punca:

Payudara tidak dikosongkan sepenuhnya setiap kali bayi menyusu. Payudara tidak dapat dikosongkan sepenuhnya kerana mungkin disebabkan lekapan semasa menyusu tidak betul, bra tidak ditarik ke atas tanpa membuka kancing.

Penyelesaian:

* Tuam payudara menggunakan tuala basah yang suam bagi melegakan sakit.

* Pam susu setiap dua jam sekali atau boleh gunakan kaedah memerah menggunakan tangan (teknik marmet).

* Pastikan tangan bersih sebelum mula memerah. Tekap payudara dengan tuala kecil yang direndam dengan air suam. Mula buat urutan menggunakan jari telunjuk dan tengah dan urut dengan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke aerola.

* Picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah bagi menggalakkan pengeluaran susu ibu. Lepaskan dan ulang sekali lagi sehingga payudara kosong. Ulang langkah yang sama untuk sebelah payudara lagi.

* Lebih mudah mencari liang susu yang tersumbat dengan cara membersihkan payudara anda.


2. Masalah bengkak susu

Punca:
Bengkak susu berlaku apabila payudara tersumbat. Ia boleh berlaku apabila ibu kurang mengepam atau bayi kurang menyusu secara efektif. Kesannya payudara akan menjadi hangat, bengkak dan keras. Seterusnya ibu akan berasa sakit dan demam.

Penyelesaian:

* Ambil sesuatu yang dapat mengurangkan demam.

* Tuam payudara dengan menggunakan tuala basah yang suam bagi menghilangkan rasa sakit.

* Teruskan menyusu bayi setiap dua jam sekali.

* Kerap pam susu dua jam sekali (jika tidak menyusu terus atau bayi sedang tidur).


3. Bayi menyusu sebelah sahaja

Punca:
Bayi cenderung mengiring ke arah yang sama semasa menyusu. Berkemungkinan payudara tersebut mengeluarkan susu lebih lancar berbanding yang satu lagi. Susu berkurang juga boleh menjadi punca. Selain itu, masalah kecederaan atau sikap ibu sendiri yang hanya menggemari salah satu payudara sahaja.

Penyelesaian:

* Usah alih posisi penyusuan bayi. Sebaliknya ibu hanya perlu mengubah kedudukan bayi. Sekiranya bayi mengiring ke kanan, tetap mengiringkan bayi ke kanan apabila mengubah payudara. Gunakan posisi football hold semasa menyusukan bayi.

* Susukan bayi ketika dia baru bangun dari tidur. Dalam keadaan mengantuk bayi akan mudah memberi kerjasama.

* Mulakan penyusuan dari sebelah payudara yang kurang digemari bayi. Ubah posisi kepala bayi ketika menyusu. Setelah payudara kosong barulah beralih ke payudara yang digemarinya.

* Menyusukan bayi di bilik gelap dan dalam keadaan sunyi dan tenang.

* Susukan sambil menghayun lembut bayi dalam dakapan.

* Buat urutan pada payudara yang tidak digemari. Mungkin aliran pengeluaran susu akan lebih lancar.


4. Masalah susu berkurang

Punca:
Masalah ini disebabkan kurang stimulasi pada payudara menyebabkan kurang susu dihasilkan. Selain itu, ia juga disebabkan kelaziman ibu menunggu sehingga payudara dirasakan bengkak barulah bertindak untuk mengepam susu.

Penyelesaian:

* Susu berkait rapat dengan demand dan suppy (bekalan dan permintaan). Makin kerap bayi menyusu atau susu dipam, makin banyak susu dihasilkan.

* Susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi.

* Pastikan bayi melekap dengan betul dan menyusu dari kedua-dua belah payudara.

5. Nipple atau Puting Merekah
Punca:

Ada banyak sebab sebenarnya yang menjadikan nipple merekah. Antaranya adalah kulit yang terlalu kering, teknik pam yang salah, dan yang paling selalu adalah disebabkan oleh teknik latching yang salah. Teknik latching yang salah kerap berlalu pada ibu yang baru. Jangan risau, apa yang salah boleh diperbaiki ya ibu ibu

Penyelesaian:

* Belajar cara latching yang betul dengan pakar laktasi mahupun nurse.

Kerapkan menyusu baby untuk mengasah cara menyusu yang baik.

* Selang selikan dengan 
payudara  yang tak luka supaya payudara  yang luka tersebut cepat sembuh.


6. Salur susu Tersumbat (Clogged/Plugged Ducts)
Punca:

Salur susu tersumbat biasanya berpunca daripada susu yang tidak keluar sempurna dari payudara. Biasanya bia ianya terjadi, ada bahagian payudara kita yang rasa keras dan lain dari kawasan payudara yang lain. Keadaan ini boleh menyebabkan ibu tideak senang badan sampai boleh demam

Penyelesaian:

* Kerapkan kosongkan payudara

* Jangan pakai bra yang terlalu ketat.

* Kerap tuam 
payudara  supaya pergerakan susu lancar


7. Mastitis
Punca:

Matitis adalah jangkitan dalam payudara yang disebabkan oleh salur susu yang tersumbat, dan bengkak susu. Matitis terjadi disebabkan oleh infection yang berlaku bila bengkak susu terjadi.

Penyelesaian:

* Segera berjumpa dengan doktor sebab biasanya doktor akan berikan anitbiotik untuk bunuh bakteria.

* Rajin tuam dengan air panas, mandi hot shower, berurut jika perlu.

* Kerap kosongkan 
payudara/ kerapkan menyusu


8. Puting leper atau tenggelam

Punca:

Bayi masih boleh menyusu walaupun puting leper kerana bayi perlu merangkum areola untuk mendapatkan susu

Penyelesaian: 

* Perlu yakin tentang kebolehan menyusu
* Gunakan picagari/pam/supple cups untuk tarik piuting keluar


9. 
Penyimpanan stok susu

Punca:

Seeloknya, ibu boleh mula memerah susu selepas dua minggu kelahiran…Bagi ibu yang bekerja yang tidak mendapat cuti yang panjang, boleh memerah susu sebaik mula bekerja untuk membuat stok simpanan

Penyelesaian:
* Pam setiap 3 jam apabila bayi tidur. Jika bayi terjaga, susukan bayi terlebih dahulu, kemudian sambung mengepam susu.

* Menyimpan susu dalam botol atau plastik keras

* Labelkan tarikh susu dipam.


10. Bayi tidak mahu menyusu


Punca:
Bayi yang tidak mahu menyusu badan dan bukan berada dalam proses bercerai susu, dikatakan sedang melalui "mogok penyusuan badan". Ini adalah caranya bayi anda memberitahu yang dia mempunyai masalah tertentu. Anda perlu menyiasat untuk mengenal pasti apakah masalah ini. 
Penyelesaian: 

Bayi anda tidak melekap dengan betul dan isi puting yang masuk ke dalam mulutnya tidak cukup untuk membolehkan dia menyusu dengan efektif. Adalah baik jika anda mendapatkan nasihat daripada kaunselor penyusuan untuk mengatasi masalah ini.

* Sakit mulut disebabkan oleh pertumbuhan gigi, lepuh sejuk (cold sores) atau jangkitan (seperti jangkitan kandida).

* Selesema atau hidung tersumbat yang menyukarkan bayi bernafas semasa menyusu.

Nikmati hubungan penyusuan susu ibu yang istimewa dengan bayi anda. Sebaik sahaja anda mencari alur anda dan memikirkan apa yang terbaik untuk anda dan bayi anda, satu-satunya “kesilapan” yang anda akan buat adalah bimbang melakukan kesilapan!

Mudah-mudahan anda yang membaca ini berjaya menyusukan bayi anda secara eksklusif, dan bagi yang belum ada rezeki menyusukan anak sebelum ini, tanamkan azam supaya anak yang bakal dilahirkan dapat disusukan dengan susu kita sendiri.

Semoga entry kali ini dapat menyelesaikan maslah penyusuan ibu ibu 


Salam sayang ❤






No comments:

Post a Comment