6 tips DO & DON'T jika mahu menyusu Eksklusif

Breastfeeding oh Breastfeeding ❤

Setiap wanita yang bergelar ibu mempunyai naluri ingin menyusu si manja tetapi hanya yang terpilih sahaja yang mampu menjayakan perjalanan penyusuan ibu untuk si manja.

 
Image result for jangan merungut dalam penyusuan








Sekiranya ibu-ibu mahu menjayakan Penyusuan , Jom ikut tips yang saya amalkan ini 6 tips DO & DON'T

Image result for do pictures

1. Gembira
gembira
  • Tahukah ibu semua, mental dan emosi ibu berkait rapat dengan pengeluaran susu ibu. Dengan kata lain sekiranya ibu sedang bersedih atau fikiran tidak tenang kerana ada masalah ia akan memberi kesan kepada penghasilan susu. Susu akan berkurangan atau lebih malang apabila susu tidak keluar langsung ketika dipam.Tetapi sekiranya ibu sedang gembira dan senang hati, penghasilan susu berjalan lancar dan pengalirannya laju ketika dipam.
  • Ingat ya, ibu menyusu perlu sentiasa gembira kerana mental dan emosi yang bahagia akan menghasilkan susu yang lancar. 

2. Direct Latch
Image result for pentingnya baby menyusu direct
  • Hari-hari pertama kehidupan mereka. Jangan tanya KENAPA? Kecuali kalau anda bersedia untuk menghadapi fasa "NIPPLE CONFUSION" yang mana situasi yang sangat ramai ibu hadapi dan end up dengan GIVE UP! Sesungguhnya cara menghisap botol dan direct dengan  ibu berbeza sama sekali dari segi pergerakan otot mulutnya dan semestinya flow (aliran susu) dari puting tiruan jauh lebih laju dari susu ibu membuatkan anak kita jadi malas untuk berusaha dan menghisap terus dari payudara kerana dia sudah mula jadi "EFFORTLESS BABY"..ini kerana jika minum melalui botol tiruan mereka tak perlu berusaha keras untuk dapat setitik susu kerana ada puting yang tak perlu isap pun sudahh menitik sendiri .Jadi anak cuma menggunakan lidah utk menelan sahaja susu yang keluar mudah dari puting botol.Penggunaan puting tiruan menggangu penyusuan ibu! - Noorfazila Binti Abdul Rahman (CLC)

3. Jadual Pump
    Image result for pentingnya jadual pump susu
  • Tugas mengepam susu adalah sebahagian daripada rutin wajib yang mesti dilakukan oleh ibu menyusu terutama sekiranya bekerja. Tahukah anda bahawa jadual mengepam susu secara konsisten membantu ibu mengekalkan pengeluaran susu. 
    Bayangkan anda meninggalkan anak selama lapan jam sehari ketika keluar bekerja namun hanya mengepam sekali atau dua kali, tentu sahaja penghasilan susu akan semakin berkurangan. 
    Untuk mengekalkan momentum susu agar sentiasa dihasilkan, ibu perlu menghantar isyarat ke otak. Ia boleh dilakukan menggunakan kaedah jadual mengepam yang konsisten. Ibu jangan sesekali culas dengan jadual tersebut. Disiplin itu penting! 
    Selang masa mengepam adalah mengikut jarak masa bayi menyusu. Di awal usianya dua bulan, biasanya bayi menyusu dalam tempoh dua jam sekali dan semakin meningkat mengikut peningkatan usianya.
    Jadi, ibu boleh tetapkan masa mengepam yang sama setiap hari supaya otak terbiasa menghantar isyarat penghasilan susu dan ibu juga tidak terlupa dengan masa mengepam.
    Contoh sesi mengepam yang disarankan adalah seperti berikut:
    ⇨ Sesi 1 : 9 pagi
    ⇨ 
    Sesi 2: 12 tengahari
    ⇨ 
    Sesi 3: 3 petang
    ⇨ 
    Sesi 4: 6 petang
  • Info penting yang mesti diketahui ibu, jangan percaya kata-kata kononnya tunggu sehingga payu dara bengkak baru boleh mengepam. Tidak kira sama ada payu dara anda bengkak atau tidak, ibu wajib pam susu!
  • Ini ialah cara ibu merangsang kilang susu supaya sentiasa aktif. Walaupun payu dara tidak bengkak, susu akan tetap keluar juga. Jangan risau walaupun susu yang dipam sekadar 1 auns kerana percayalah hasil yang diperoleh tetap cukup untuk keperluan anak anda. 

4. Simpan Stok
  • Bagi memastikan bayi mendapat susu mencukupi sepanjang ketiadaan anda ketika bekerja, pastikan stok perahan susu ibu yang ada memenuhi keperluannya. Sewaktu berada di tempat kerja anda perlu menjalankan rutin memerah susu supaya anda dapat menyimpan stok perahan susu ibu yang bukan sahaja cukup untuk keperluannya esok hari malah untuk tempoh jangka masa yang lebih panjang.

5. Air Suam
  • Air merupakan keperluan yang penting untuk badan kita dan menyumbang lebih kurang 60% dari komponen berat badan kita. Secara am, kita akan kehilangan lebih kurang 1.5-2.8 liter sehari melalui sistem perkumuhan kita seperti berpeluh, kencing dan sebagainya. Keperluan utama air bagi ibu-ibu menyusu adalah untuk mengembalikan kuantiti air yang hilang dari badan melalui sistem perkumuhan sehari-sehari, untuk mengelakkan dehidrasi, keletihan dan sebagainya. Tidak ada kajian yang menunjukkan kaitan kuantiti air yang banyak diambil oleh ibu itu akan menyebabkan kuantiti susu juga bertambah.


6. Pemakan Tambahan
  • Supplement hakikatnya ialah untuk membantu si ibu mendapat semua keperluan zat yang diperlukan oleh tubuh badan serta mengisi kekosongan dalam tubuh badan. Apabila keperluan itu dipenuhi, Si ibu tadi akan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik dengan kesihatan yang baik.
Pemakan tambahan untuk ibu menyusu
  • Namun bagi ibu yang menyusu, diingatkan bahawa kejayaan penyusuan yang disokong oleh pengambilan supplement perlulah memenuhi 3 perkara ini iaitu
  • Sesi perahan yg konsisten ~ setiap 3 jam
  • Pengambilan air yang secukupnya ~ > 3liter sehari
  • Doa yang berterusan.







Image result for kenapa perasaan tertekan tidak boleh dalam penyusuan
1. Jangan mudah mengalah
  • Jangan cepat berputus asa, lupakan seketika masalah yang membuatkan ibu bersedih. Bertenang dan bersabar, buatlah perkara yang boleh menggembirakan diri sendiri atau makanlah makanan yang boleh menggembirakan anda demi mengembalikan pengaliran susu yang lebih lancar.
  • Fikirkan bayi yang memerlukan susu ibu dan misi sendiri untuk menyusukan anak sehingga berusia dua tahun.


2. Jangan Tertekan
    Related image
  • Tertekan? Jangan bimbang kerana ia tidak menyebabkan kuantiti susu ibu berkurang. Memang tidak dinafikan terlalu ramai ibu beranggapan bahan stress adalah punca susu ibu berkurangan. Pada hakikatnya tidak!!Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan susu ibu berkurangan jika difahami dan dipelajari betul-betul ilmu tentang penyusuan. Namun, jika anda berasa tertekan dan letih serta pada masa yang sama memikirkan susu anda berkurang akibat tekanan, ia akan menjadi benar!! Ini kerana, apa yang anda fikirkan akan mempengaruhi produksi susu anda.
  • Memang tidak dinafikan bahawa ada sesetengah golongan ibu yang awal-awal lagi sudah berputus asa dan mengatakan bahawa mereka tidak ada susu dan mengambil jalan mudah untuk memberikan susu formula kepada anak mereka tanpa mendalami dan memahami ilmu penyusuan yang sebenarnya. Wahai ibu sekalian, jangan mudah berputus asa.Tahukah anda bahawa kira-kira 2% golongan ibu sahaja diatas sebab-sebab tertentu tidak dapat menghasilkan susu secukupnya. Payudara ibu menghasilkan susu mengikut keperluan bayi. Jadi, jika penyusuan terganggu dan bayi tidak menyusu dengan cukup, penghasilan susu ibu akan berkurang.


2. Pengambilan minuman bergas dan ber ais
    Image result for no caffeine drinks
  • Semua kita sedia maklum bahawa minuman berkabornat mengandungi gula yang tinggi, maka kalori dari itu juga tinggi. Untuk seketika ianya mungkin bagus untuk membuatkan si ibu rasa banyak susu yang terhasil namun minuman berkabornat tidak bagus diambil untuk jangka panjang.
  • Ini kerana kandungan gas itu boleh mengganggu sistem penghadaman dan usus kita. Bila si ibu sakit maka pastinya penghasilan susu ibu itu sendiri akan terganggu.
  • Secara perlahan2 amalan ini akan mengganggu penghasilan susu ibu. Walaupun mungkin tidak berlaku kepada semua ibu namun yang ibu pasti amalan ini akan menyebabkan si ibu mudah mendapat sakit urat disebabkan pengambilan ini yang berterusan. 


4. Merungut setiap masa
    Related image
  • Jangan sesekali merungut atau rasa kecewa dengan hasil perahan tetapi sebaliknya sentiasa bersyukur agar Allah menambahkan nikmat seperti janjiNya iaitu Allah akan menambahkan nikmat kepada sesiapa sahaja yang bersyukur. Allah sentiasa menyayangi ibu2 yang menyusukan anaknya kerana dah itu yang disarankan.
  • Bersyukurlah sekiranya dalam sehari ibu-ibu hanya mendapat 2 auns dari hasil pumping sebab 2 auns tersebut adalah rezeki untuk anak kita juga. 


5. Pengambilan minuman berkafien.
    Related imageKafein menggangu kelancaran saraf dalam jangka panjang. Walaupun ada yang membuat kenyataan, buah kopi mengandungi antioksida yang tinggi. Namun kita tidak makan buah kopi ratah begitu sahaja...ianya diproses dan telah kita maklum kopi itu mengandungi kafein yang lebih tinggi berbanding teh.  Tiada kopi tanpa kafein samalah keadaannya dengan tiada susu tanpa lemak. Sebab itu statement yang biasa kita jumpa ialah kopi rendah kafien atau susu rendah lemak.
  • Tahukah Ibu-ibu bahawa  kafien boleh memusnahkan vitamin B dan C yang sedia ada dalam badan kita? Sebab itu ibu-ibu yang suka minum kopi tak kiralah kononnya rendah kafien tetapi inilah puncanya ibu itu cepat letih dan senang sakit. Sebab vitamin B dan C yang sedia ada termusnah akibat kafien tadi. Memang banyak faktor lain yang memusnahkan vitamin B dan C sebagai contoh bila kita terlalu terdedah dengan matahari, namun ianya boleh dikurangkan dengan pengambilan payung atau pemakaian topi. Tetapi kemusnahan vitamin ini melalui kafien dapat dikurangkan dengan pengambilan minuman kopi itu sendiri. Ada pihak yang claim kopi sangat bagus untuk tenaga, ya tapi untuk jangkamasa sekejap sahaja dan ianya adalah silent killer untuk jangka panjang. Lagi banyak kopi yang kita minum maka lagi tinggi risiko untuk sakit sendi , urat , cepat letih dan boleh menggangu emosi apabila badan kita terlalu kurang vitamin B.
  • Bagi ibu yang menyusu Vitamin B sangat membantu agar lebih bertenaga dan mempunyai mood yang baik , hati yang tenang dan gembira.

6. Menghentikan penyusuan ketika kembali kerja
    Related image
  • Kembali bekerja boleh memberi tekanan kepada semua ibu-ibu baru, tetapi kadang-kadang, ibu-ibu menyusu menghadapi cabaran tambahan; seperti mencari tempat yang tenang, bersih untuk mengepam susu ibu, dan menyelaras waktu rehat sepanjang hari. Jangan berputus asa; ambil tindakan!
  • Berbincang dengan ketua anda mungkin boleh membantu anda. Dia mungkin mempunyai penyelesaian di mana anda boleh mengepam yang mungkin anda tidak tahu. Dan dia mungkin akan lebih memahami apabila anda perlu meninggalkan di mesyuarat.


Nikmati hubungan penyusuan susu ibu yang istimewa dengan bayi anda. Sebaik sahaja anda mencari alur anda dan memikirkan apa yang terbaik untuk anda dan bayi anda, satu-satunya “kesilapan” yang anda akan buat adalah bimbang melakukan kesilapan!

Mudah-mudahan anda yang membaca ini berjaya menyusukan bayi anda secara eksklusif, dan bagi yang belum ada rezeki menyusukan anak sebelum ini, tanamkan azam supaya anak yang bakal dilahirkan dapat disusukan dengan susu kita sendiri.

Untuk mencuba  produk yang saya amalkan, sila hubungi saya di : 

Add Fb saya : Kezia Wan untuk chatting secara langsung dengan saya

Salam sayang ❤
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ❤

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***



No comments:

Post a Comment