Roti Goreng Sosej Mudah

Hari ini nak share tentang resepi untuk sarapan pagi mahupun untuk minum petang.

Sabtu lepas suami beli sandwish, so ligat lah otak berfikir apa menu sarapan untuk keluarga saya , asyik mee kolok saja tiap weekend 👅👅. Penting sekali, si kecil dapat join makan sekali.

Jadi ini adalah resepi sarapan pagi kami sabtu lepas ❤❤

Roti Goreng Sosej

Bahan-bahan

  • 5 keping roti sandwish
  • 5 batang sosej
  • 2 biji telur (asingkan 1 putih telur) - jangan lupa dipukul
  • Breadcrumbs secukupnya (serbuk roti_ - Saya guna Roti khong guan

Bahan-bahan 

Cara-cara

  • Tumbuk roti dalam lesung sehingga hancur yang memuaskan anda 
  • Celup sosej ke dalam putih telur, lepas itu letakkan diatas roti, kemudian gulung kemas. Gamkan tepi roti dengan telur putih supaya tidak terbuka. Lakukan sehingga roti habis.
  • Kemudia celupkan ke dalam kuning telur dan golekkan ke atas serbuk roti
  • Goreng dengan api sederhana hingga kuning keperangan. Jangan leka sebab terleka sekejap, rentunglah jadinya.
  • Sesudah masak boleh dihidangkan dengan soso cili ataupin mayonis.

Gambar sumber google.
Tak sempat di snap sebab sudah kena Ngap 👅👅

Untuk bahan-bahan, korang boleh adjust ikut mulut orang yang makan. Yang ini khas untuk 3 orang. Seketul roti dipotong 2 jadi seorang dapat 3 ketul. Berkira kan 👅. Bukan apa, tak mahu membazir ❤

Selamat menjamu selera 

Salam Sayang ❤


No comments:

Post a Comment