2 teknik urutan untuk susu ibu



Salam sejahtera semua, semoga dalam keadaan sihat senantiasa ❤.
Entri kalu in mengenai urutan untuk banyakkan susu badan kita. Semoga Entri kali ini dapat membantu semua ibu-ibu yang sedang dilema mengenai aliran susu yang tidak lancar.

Ermm, perlu sangat ke urutan ini?

Perlu sangat! Sebab dengan mengurut dapat membantu melancarkan pengeluaran susu badan kita, selain daripada itu, dapat mengelakkan terjadinya bengkak susu.

Mengurut susu seeloknya sewaktu masih mengandung lagi, supaya dapat melancarkan saluran saluran susu ibu. 

Cerita saya :
" Sewaktu kandungan masuk minggu ke tiga, saya sudah mulai mengurut susu sewaktu mandi supaya dapat melancarkan saluran susu saya sewaktu baby lahir nanti. Pada hari kelahiran lihan iaitu pada 19 Feb 2015, saya langsung tidak mengalami kesukaran menyusu dia sebab saya sudah bersedia dari awal untuk memenuhi keperluan Lihan iaitu menyusu dengan baik." 

Susu sangat meriah waktu dalam berpantang sampai habis lencun baju. Cadar wajib kena tukar. Sampaikan suami menyangka kita kencing atas tilam. Hahah (Kenangan sungguh ). Tetapi saya bersyukur kerana mengambil langkah awal untuk bertindak.

Jadi ibu-ibu dan bakal ibu,mengurut susu itu penting untuk melancarkan saluran susu. Tetapi jangan sembarangan mengurut ya. Hihi

Teknik urutan yang betul sebenarnya dapat melancarkan pengeluaran susu badan dengan  ransangan let down refleks. Secara tidak langsung sebenarnya, ia dapat menambahkan lagi penghasilan susu. 



Saya kongsikan 2 teknik urutan yang dapat melancarkan saluran susu ibu:

  1. Urutan Bahagian Belakang
    Posisi ibu harus menelungkup dibelakang kerusi atau di tepi meja. urutan bermula dibahagian leher dan bahu ibu. Pengurutan menggunakan ibu jari di kedua-dua bahagian tepi tulang belakang (Bukan di atas tulang belakang ya ibu-ibu). Urutan dalam bentuk bulatan setempat menggunakan ibu jari dalam beberapa saat. Ulang urutan yang sama hingga ke paras pinggang. Si tukang urut akan meletakkan kedua-dua belah tangan seperti mencakar di bahagian kiri dan kanan belakang badan ibu. Urut dalam bentuk bulatan setempat menggunakan kesemua jari dalam beberapa saat. Ulang urutan yang sama hingga ke paras pinggang dan Pengurut akan meletakkan bahagian lengan di bahagian belakang badan ibu. Urut daripada atas belakang badan hingga ke paras pinggang.
Image result for URUTAN BAHAGIAN BELAKANG untuk susu ibu
     2. Urutan Bahagian Payudara
        
Urutan payudara boleh dilakukan sebelum dan selepas sesi pam/pemerahan susu.
        Dengan luangkan masa lebih kurang 3 minit sahaja, ia dapat membantu meransang
        let down refleks dengan lebih berkesan, membantu meredakan bengkak akibat susu
        tidak dikeluarkan dengan efisien, membantu masalah clogged duct (kelenjar susu
        tersumbat) serta membantu meningkatkan kandungan lemak dalam susu awalan.

Related image


Cara apa lagi yang boleh membantu kita memperbanyakkan susu? Semestinya jawapan saya adalah Set Menyusu Shaklee. Set Menyusu Shaklee adalah supplement yang saya ambil sepanjang 2 tahun penyusuan.



  
                                         

Berminat?  hubungi saya untuk keterangan lanjut

Salam sayang 



No comments:

Post a Comment