10 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Sehingga 2 Tahun

Sedar tak sedar sekarang saya sudah ‘graduate’ dengan cemerlang penyusuan susu ibu sehingga umur anak 2 tahun. Kalau difikirkan balik, banyak tips yang diamalkan secara konsisten untuk menjayakan breastfeeding ini tanpa perlu top up susu formula.
Saya bersyukur sangat sebab dapat lengkapkan penyusuan anak secara exclusive semasa 6 bulan pertama selepas kelahiran. Kemudiannya memperkenalkan solid food dan meneruskan breastfeeding sehingga umur anak 2 tahun demi memastikan anak saya mendapat khasiat daripada susu terbaik.
Gambar ulang tahun Lihan ke-2
Terus terang saya cakap sebenarnya bukan mudah untuk capai ke tahap ini. Tetapi tak  susah sekiranya  kita tahu macam mana caranya. Jadi kepada ibu-ibu yang berazam nak susukan bayi dengan susu ibu sampai umur 2 tahun, saya nak kongsikan 10 tips penting yang anda perlu ambil tahu kalau nak berjaya lengkapkan penyusuan macam saya.

Pengalaman pertama Menyusukan  Selama 2 Tahun

Ingat lagi masa mula-mula menyusukan anak dulu selalu terfikir…
‘Wah baru 6 bulan. Lagi setahun setengah nak habis ni’ mampu tidak saya??
Lepas tu terfikir pula…
‘Yes dah setahun!’ 
Lepas tu rasa macam baru je semalam setahun …
‘Eh 3 bulan je la lagi’
Sekarang…
‘Eh… besar dah budak ni?!’ 2 tahun dah rupanya pandai geleng kepala dah tak mau menysus

Waktu mengandung lagi saya sudah mula belajar pasal breastfeeding. Sejak tu memang saya azam nak susukan anak sampai umur 2 tahun. And now! Yeay we did it


10 Tips Penting Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Hingga 2 Tahun


Pada pendapat saya breastfeeding nampak sangat mudah, jimat, cepat, selamat dan terbaik! Tak susah pun. Tapi kalau tak kuat semangat memang awal-awal lagi akan surrender! Support system yang mantap sangat mempengaruhi kejayaan penyusuan. Jadi kalau anda berazam nak lengkapkan penyusuan anak hingga 2 tahun, saya cadangkan bersiap-sedia secukupnya mental dan fizikal.

1. Buat Persediaan Mental Dengan Tanamkan Niat Dan Azam
Saya memang merancang dari lihan dalam kandungan lagi. Jadi saya berusaha belajar secara online dari google, berkenalan dengan pakar laktasi, buat apa yang patut untuk persediaan penyusuan seperti membeli peralatan untuk ibu yang menyusu.
2. Tambah Ilmu
Kalau dah ada niat tapi tak tau caranya pun susah juga. Jadi saya pun mula lah tambah ilmu breastfeeding. Saya baca artikel-artikel di internet, refer blog-blog ibu menyusu, tanya kawan-kawan dan juga join forum penyusuan susu babycenter.com  dan join group support ibu menyusu. Bila ada ilmu saya rasa lebih faham dan yakin. Contoh kalau ibu bekerja tu mesti nak kena tau macam mana nak urus stok susu perahan EBM dah sebagainya kan. Saya seorang ibu menyusu yang bekerja.
3. Sokongan Suami Dan Ahli Keluarga
Pada awalnya keluarga tidak menyokong sebab saya seorang ibu yang bekerja dan seprtinya leceh untuk mengurus EBM. Tetapi melihat azam saya yang kuat. Suami akhirnya menyokong penyusuan susu ibu sehingga sekarang. Untuk ibu-ibu yang baru belajar pekakkan telinga apabila ada suara serong yang menghasut mengenai penyusuan ibu.
4. Persediaan Material
Antara barang penting yang perlu ada kalau nak menyusu baby ialah breastfeeding-pump set, breast pads, nursing pillow, nursing bra dan macam-macam lagi. Bila ada barang-barang ni, proses penyusuan tu akan jadi lebih mudah dan selesa. Boleh rujuk pada entry saya yang lepas. Click sini
5. Persediaan Rohani
Masa mengandung sampai lah anak saya umur 2 tahun saya sentiasa doa semoga Tuhan permudahkan saya untuk susukan anak, cukupkan dan banyakkan susu untuk anak supaya anak dapat membesar dengan baik dan macam-macam lagi lah saya doa. 
***Tips eksklusif masa menyusukan anak, kalau boleh sentiasa berlapang hati, tenangkan emosi, elakkan rasa marah. Ini untuk pastikan aura-aura positif saja 
6. Persediaan Fizikal
Ibu menyusu perlu sangat jaga kesihatan fizikal. Sebabnya kalau badan penat, nak menyusukan bayi itu sendiri akan rasa sangat mencabar! Apatah lagi kalau sakit. Jadi nak dapatkan kesihatan yang baik saya jaga pemakanan, rehat secukupnya, selalu happy dan positif. Mula-mula anak lahir rasa susah juga nak rehat. Tapi bila dah biasa dengan rutin baru, akan terbiasa. Tips untuk dapat rehat yang cukup ialah bila anak tidur, ibu pun tidur sekali.

7. Pemakanan Sihat Dan Seimbang
Saya amalkan makan secara sihat dan seimbang. Saya pastikan setiap kali waktu makan mesti ada buah, sayur, protein, karbohidrat dan air yang mencukupi. Saya kurangkan dan elakkan makan makanan proses dan tak berkhasiat. Setiap hari saya minum lebih kurang 3 liter air. Selain itu, saya berpantang setahun dari segi pemakanan
8. Makanan Tambahan
Masa menyusukan bayi, zat-zat dan nutrien penting daripada badan ibu akan disalurkan ke baby melalui susu ibu. Dalam masa sama proses penyusuan susu ibu tu sendiri banyak guna tenaga. Jadi, sangat penting sebagai ibu menyusu saya kena pastikan badan saya dapat nutrien lengkap yang penting supaya badan saya boleh hasilkan susu dengan baik, kesihatan saya terjaga sebab nutrien penting yang diperlukan badan saya dapat diganti balik dan baby pun boleh dapat nutrien penting untuk membesar dengan baik. Yang penting sekali saya pun rasa lebih bertenaga. Pemakan tambahan yang saya amalkan sepanjang 2 tahun penyusuan Click sini
9. Elakkan Stress
Tertekan ibiasa lah. Ada banyak punca tertekan. Tambah-tambah bila baru saja bersalin tu susah nak dapat rehat berkualiti. Tapi apa yang penting kena pandai manage tekanan. Jangan terlalu ikut kan hati. Kadang-kadang penghasilan susu merudum. Saya risau juga. Tapi selalunya saya tak suka nak fikir sangat. 
Saya kerapkan direct feeding dengan baby dan dalam masa sama waktu bersama. Oh yaa, saya ibu yang bekerja. Power pumping sangat membantu pengeluaran susu tidak susu.
10. Berserah kepada Tuhan
Saya tahu ramai ibu menyusu yang suka fikir ‘risau susu tak ada’. Personally saya ada masanya saya  fikir macam tu. Tetapi saya lekas berfikiran positif,  apa yang penting kita fokus dengan objektif kita dan usaha buat yang terbaik. Tak lupa juga berdoa supaya Tuhan bantu dan makbulkan. Selebihnya kita serah bulat-bulat kepada Tuhan. Yang penting kita dah buat kerja/ bahagian kita.
Ini lah tips yang menjadi faktor-faktor penting dalam menyumbang motivasi dan membantu saya menjayakan penyusuan lengkap 2 tahun. Pokok pangkalnya mental kena kuat. 
Sekarang saya dalam misi memberi semangat untuk kawan-kawan saya yang mempunyai azam ingin menyusu anak sehingga 2 tahun
Jangan lupa set your mind siap2 bakal ibu semua untuk cuba menyusukan anak dengan susu badan selama mana yang boleh! 


Salam sayang 

No comments:

Post a Comment