TAMBAH SUSU? Perjalanan saya

Cerita saya

Masih teringat setahun yang lepas selepas 2 bulan berpantang. Perasan menjadi khuatir sangat sebab memikirkan macam mana keperluan susu Lihan sepanjang saya berada di tempat kerja (0700-0500).


Hati risau sebab waktu itu susu sangat sedikit.Banyak sudah Milkbooster yang saya cuba tetapi keputusan tetap mengecewakan 

Sehari pump hanya mencukupi untuk sehari sahaja. Umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kesian anak mami.


Saya berusaha mencari penyelesain di laman sosial terutama lama blog. Saya terjumpa mengenai Projek Penyusuan Extravaganza, empunya blog adalah Azreen Ahmed yang sekarang ini adalah mak shaklee saya. Ribuan terima kasih di atas segala sokongan yang pernah reen berikan.


Bermula dari sana saya menyertai group khusus Azreen. Saya berkenalan dengan ramai pejuang susu ibu. Semangat untuk menyusu Lihan semakin kuat. Syukur saat ini masih menyusu (22 bulan) Lihan juga.


Apa yang saya lakukan untuk tambah susu badan?


Setelah berkenalan dengan reen, dia menasihati agar saya mengamalkan pemakanan tambahan Shaklee.


Saya bermula dengan Vitalea dan Alfalfa. Sebulan power pumping tanpa terkecuali harinya.

Syukur atas usaha dan sokongan ahli group, saya mampu mengumpul stock susu untuk lihan sebulan. 




Hanya Vitalea dan Alfalfa saja kah kezia?


Ohh tidak, setelah jatuh hati dengan Shaklee. Saya berniat mengamalkan set penyusuan Shaklee yang lengkap. Sehingga sekarang saya masih lagi mengamalkan Set penyusuan tersebut.









Set ini sesuai untuk ibu berpantang dan menyusu. Dalam set ni semuanya supplement yang amat digalakkan dan dicadangkan untuk ibu berpantang dan menyusu yang terdiri daripada Vitalea, Ostematrix, ESP, Alfalfa, Omega Guard dan Vitamin C.  

Set ini terdiri daripada : 


1 - OsteMatrix™

Bagaimana ia membantu memperbanyakkan susu ibu?

Ostematrix, iaitu kalsium turut penting dalam diet ibu menyusu. Tambahan pula jika anda terdiri daripada mereka yang tidak suka meminum susu maka di sinilah pentingnya pengambilan pil kalsium seperti Ostematrix ini.

Ostematrix ini bukan sahaja membantu ibu meyusu kekal cergas, tetapi antara kesan yang paling baik ialah ia dapat membantu para ibu menghilangkan sakit-sakit badan yang di tanggung selama ini akibat kekurangan kalsium yang hilang sepanjang tempoh kehamilan.

Ostematrix juga membantu susu ibu sentiasa cukup ketika si ibu datang bulan. 

Kenapa Ostematrix Shaklee terbaik?

Tahukah anda Ostemarix Shaklee turut mengandungi magensium, vitamin D dan zink yang mana semua ini dapat membantu memudahkan penyerapan kalsium dalam tubuh. Tidak semua supplement kalsium di pasaran mengandungi magnesium. Ostemarix Shaklee lengkap dengan magnesium serta Vitamin D. Satu tablet mengandungi 250mg kalsum dan jika anda menyusukan anak, 4 biji sudah pun mencukupi kerana keperluan ibu menyusu adalah 1000-1500 mg sehari. 


2 - OmegaGuard™


DHA yang terkandung di dalam ¸ akan menyingkirkan lemak berlebihan yang tidak diperlukan oleh badan. Jadi ibu menyusu akan kekal langsing dalam tempoh penyusuan, ditambah lagi dengan kebenaran bahawa pembakaran lemak akan menjadi aktif semasa sesi penyusuan dilakukan. Gabungan inilah yang akan menghasilkan badan yang sihat dan langsing kepada ibu menyusu. Ibu-ibu akan menerima 2 pakej kebaikan  iaitu badan ramping dan sihat, dapat juga menyusukan bayi .

Ada lagi rahsia kebaikan Omega Guard Shaklee ni? Bayi yang disusukan oleh ibu yang mengambil Omega Guard Shaklee juga akan mendapat kebaikan bersama, DHA akan membantu bagi mengoptimumkan fungsi otak. Otak anak akan lebih aktif dan hasilnya anak semakin pintar.



3 - Sustained Release Vita-C Plus™

Tahukah anda, viatmin C sangat penting untuk menajga salur darah. Ia juga bertindak sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan ini sangat bermanfaat kepada bayi anda.

Sekiranya bayi anda demam, anda boleh meningkatkan pegambilan dose dari 2 biji seari kepada 4 biji sehari. Sekiranya si ibu terluka dan melecet di bahagian puting, vitamin C ini dapat mempercepatkan proses pembaikan luka tersebut.

Selain daripada itu, BONUS yang ibu dan bayi dapat daripada Viatmin C ialah kulit ibu dan bayi makin bersih , cerah dan cantik kerana vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

4 - Alfalfa Complex 

Untuk ibu yang menyusukan bayi pula, alfalfa merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.


5 - Vita-Lea® Iron Formula

Kepelbagaian Khasiat - salah satu supplement paling seimbang dengan khasiat yang lengkap, dirumus khas untuk membekalkan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Pengambilan Vita Lea:-
  1. Menggalakkan kecergasan dan kesihatan keseluruhan tubuh
  2. Menguatkan tulang dan system imun.
  3. Melindungi  tubuh daripada radikal bebas



6 - ESP - Soy Protein Isolate Powder

Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.


Sekarang masuk 22 bulan penyusuan ✌ kami berdua Lihan dan berniat akan wean off sehingga Lihan ingin melepaskan. Terima Kasih shaklee kerana menjadi sebahagian dari kejayaan kami berdua Lihan sepanjang penyusuan.







Jumpa lagi dalam entry yang lain. Terima kasih sebab sudi membaca ❤


Salam sayang ❤








6 TIPS SAYA MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK LIHAN


Ini apa yang saya lakukan sepanjang 22bulan penyusuan anak pertama saya (Kirschen Lihan) dan akan saya lakukan sehingga anak bersedia wean off (Mak sebenarnyayang tak rela , haha)

Ibu-ibu mesti mencuba baru tahu, jangan baca saja.

1. Saya akan memastikan bekalan susu yang disediakan mencukupi keperluan lihan.
Ada masa bekalan susu tidak mencukupi, iaitu waktu bulan pertama masuk kerja selepas 2 bulan berpantang. Lihan kais pagi minum pagi, kais petang minum petang, saya tambahkan usaha dengan dengan :-

  • Saya Pam susu mengikut jadual setiap hari dan bukannya tunggu breast penuh baru nak pam.
  • Saya juga usahakan untuk mengepam susu 4 kali di tempat kerja
  • Bangun seawal 4 atau 5 pagi untuk mengepam sebelum memulakan routine harian sebelum ke tempat kerja
  • Saya melakukan Power Pumping selama sebulan sebab saya nekad ingin menjayakan penyusuan lihan.

2. Sekiranya kami bersama, saya tidak akan hadkan kuantiti susu yang Lihan perlukan, Saya akan pastikan untuk menyusu Lihan setiap 1-2 jam untuk memastikan Lihan sendiri yang melepaskan susu. Sekiranya anak kita melepaskan sendiri putting susu ibu, itu tanda anak sudah kenyang.

3. Saya akan pastikana menyusu lihan tanpa menukarkan payudara dalam sesi penyusuan sebab saya ingin memastikan lihan memperolehi hindmilk. Untuk sesi penyusuan kedua, saya akan berikan payudara sebelah lagi.

4. Sewaktu di dalam kereta pula, saya memang biasakan lihan menyusu sepanjang perjalanan (jangan lupa pakai tali pinggang keledar). Manakala sekiranya hanya berdua dengan Lihan, saya akan pastikan lihan menyusu terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan supaya tidak meragam sepanjang perjalanan.

5. Waktu malam kejut lihan untuk menyusu, jika anak mommies jenis yang tak nak bangun menyusu, ibu harus kejut anak terlebih dahulu, tetapi jika mereka masih juga tak bangun ibu yang harus bangun untuk kosongkan payudara (Pam). Lebih kerap payudara kosong waktu malam lebih banyak susu yang akan terhasil. Susu yang dipam waktu malam akan menjadi bekalan pada anak waktu di rumah pengasuh/rumah kerana kandungan lemak dalam susu ibu lebih tinggi waktu malam. Ini merupakan salah satu usaha untuk menaikkan berat badan bagi anak yg mempunyai masalah berat badan.

6. Terakhir sekali, jangan sesekali ponteng mengepam di hari cuti! Lakukan tanpa alasan untuk kepentingan anak kita

Kesimpulannya, walau betapa sibuk pun kita sebagai seorang ibu, jangan khuatir sekiranya  anak kita tidak mendapat bekalan susu secukupnya. Mindset itu penting. Walaupun sedikit mahupun banyak susu, semua itu adalah rezeki anak. Manfaatkan sesi penyusuan sebaiknya agar bonding di antara ibu dan anak terus terjalin dan akan terus kekal dan semakin utuh.

Selamat mencuba


Kezia,

Seorang ibu menyusu yang bekerja

#Projeksusu

Mommy Talks

Tadi ada seorang sis tanya kita :)
.
Sis mkn apa je utk pekatkan susu dan susu tu ada je?
Kezia : Sejak baby 3 bulan saya mmg consume set menyusu shaklee sis. Niat beli nak byk air susu tetapi dpt bonus pulak yg anak pun dpt nutrisi dri air susu. Selain itu kena rajin ikut jam pump. klu sis Hw rajin kan df
---------------------------------------------------------------
Saya hw. Mmg df je. Baby menyusu ok. Kerap jgk. Tp kdg2 kan sis. Dia menyusu. Tgh2 menyusu tetiba dia menolak tp dia nak menyusu. Maksud nya apa? Susu xsedap ke? ðŸ™ˆ
Kezia : mgkn ada sebab lain sis. or mcm mn pemakanan sis. dulu pernah di beritahu oleh pakar laktasi, pemakanan kita yg cenderung kpd yg pedas2 blh memyebabkan anak menolak.
------------------------------------------------------------------
Saya rasa betul ckp sis tu. Hari tu saya mkn ikan sambal tp xbyk. Lepas tu dia tolak. Lepas tu cuba lg. Then anak tolak lg. Lepas tu dah xde mkn pedas2 dah. Then normal kan baby fully bf jarang poo poo?
Kezia : Anak sy dulu pun akan tolak menyusu klu makan pedas2. skg tak lagi, dia pula tahan makan pedas dh.
Klu Bf , jarang poo poo itu mmg normal tetapi sekiranya sis risau, boleh je jumpa doc
---------------------------------------------------------------------
Dia jarang poo poo tp bila poo poo, poo poo dia warna kuning+campur hijau sikit. Normal kan? Kalau mcm tu bukan ke baby xdpt susu yg cukup?
Kezia : sis, poo2 warna hijau pada bayi biasanya menandakan bahawa bayi tidak minum dengan baik.
- Tanda tidak keseimbangan antara foremilk & hindmilk.
Hal ini terjadi apabila breast ibu penuh & baby sudah kenyang tetapi susu ibu belum kosong.
Naa itu juga salah 1 kenapa berat baby tidak naik naik.
Susu yang di belakang kaya dengan lemak
Saya sarankan sis kerap menyusu di malam hari waktu tidur.
Saya lakukan macam itu. Baby tak pernah turun berat sebab malam antara 12-5am dia mmg kerap menyusu sampai breast kosong :)
------------------------------------------------------------------
Faham sis. Ok2 sis. Saya akan cuba df anak lebih kerap. Mlm anak saya kuat minum. Thanks sis utk advice dan info. ðŸ˜Š
Kezia: sama2 sis.
-----------------------------------------------------------------
Saya bukanlah pakar laktasi tetapi saya seorang ibu yang ingin menjayakan penyusuan anak sulung yang berusia 22 bulan sehingga 2 tahun ataupun sampai anak ingin wean off sendiri.
Dalam penyusuan ilmu kena ada ilmu bukan hanya menandahkan buah dada pada bayi sahaja.


No automatic alt text available.

#Projek susu

Projek susu 2017

Shalom dan salam sejahtera,

Saya kezia seorang ibu kepada anak bujang yang berumur 22 bulan.

Niat saya untuk membuat blog ini adalah ingin membantu para ibu-ibu lama mahupun ibu-ibu baru yang ingin menjayakan penyusuan selama 2 tahun. Genap 2 bulan lagi penyusuan kami akan genap 2 tahun. 

Saya akan berkongsi mengenai penyusuan dari masa ke semasa. 


#Projeksusu