Ini apa yang saya
lakukan sepanjang 22bulan penyusuan anak pertama saya (Kirschen Lihan) dan akan
saya lakukan sehingga anak bersedia wean off (Mak sebenarnyayang tak rela ,
haha)
Ibu-ibu mesti mencuba baru tahu, jangan baca saja.
1. Saya akan memastikan bekalan susu yang
disediakan mencukupi keperluan lihan.
Ada masa bekalan susu tidak mencukupi, iaitu
waktu bulan pertama masuk kerja selepas 2 bulan berpantang. Lihan kais pagi
minum pagi, kais petang minum petang, saya tambahkan usaha dengan dengan :-
- Saya Pam susu mengikut jadual setiap hari dan bukannya tunggu breast penuh baru nak pam.
- Saya juga usahakan untuk mengepam susu 4 kali di tempat kerja
- Bangun seawal 4 atau 5 pagi untuk mengepam sebelum memulakan routine harian sebelum ke tempat kerja
- Saya melakukan Power Pumping selama sebulan sebab saya nekad ingin menjayakan penyusuan lihan.
2. Sekiranya kami bersama, saya tidak akan
hadkan kuantiti susu yang Lihan perlukan, Saya akan pastikan untuk menyusu
Lihan setiap 1-2 jam untuk memastikan Lihan sendiri yang melepaskan susu.
Sekiranya anak kita melepaskan sendiri putting susu ibu, itu tanda anak sudah
kenyang.
3. Saya akan pastikana menyusu lihan tanpa
menukarkan payudara dalam sesi penyusuan sebab saya ingin memastikan lihan
memperolehi hindmilk. Untuk sesi penyusuan kedua, saya akan berikan payudara
sebelah lagi.
4. Sewaktu di dalam
kereta pula, saya memang biasakan lihan menyusu sepanjang perjalanan (jangan
lupa pakai tali pinggang keledar). Manakala sekiranya hanya berdua dengan
Lihan, saya akan pastikan lihan menyusu terlebih dahulu sebelum memulakan
perjalanan supaya tidak meragam sepanjang perjalanan.
5. Waktu malam kejut lihan
untuk menyusu, jika anak mommies jenis yang tak nak bangun menyusu, ibu harus
kejut anak terlebih dahulu, tetapi jika mereka masih juga tak bangun ibu yang
harus bangun untuk kosongkan payudara (Pam). Lebih kerap payudara kosong waktu
malam lebih banyak susu yang akan terhasil. Susu yang dipam waktu malam akan
menjadi bekalan pada anak waktu di rumah pengasuh/rumah kerana kandungan lemak dalam
susu ibu lebih tinggi waktu malam. Ini merupakan salah satu usaha untuk
menaikkan berat badan bagi anak yg mempunyai masalah berat badan.
6. Terakhir sekali,
jangan sesekali ponteng mengepam di hari cuti! Lakukan tanpa alasan
untuk kepentingan anak kita
Kesimpulannya, walau
betapa sibuk pun kita sebagai seorang ibu, jangan khuatir sekiranya anak kita tidak mendapat bekalan susu
secukupnya. Mindset itu penting. Walaupun sedikit mahupun banyak susu, semua
itu adalah rezeki anak. Manfaatkan sesi penyusuan sebaiknya agar bonding di
antara ibu dan anak terus terjalin dan akan terus kekal dan semakin utuh.
Selamat mencuba
Kezia,
Seorang ibu menyusu
yang bekerja
#Projeksusu
No comments:
Post a Comment