TIPS BUAT STOK SUSU SEBELUM MULA BEKERJA


Salam sejahtera semua, hari ini nak share mengenai tips saya buat stok susu sebelum mula bekerja.

Menyediakan stok susu ibu bagi bekalan  bayi sewaktu ibu bekerja merupakan salah satu perkara yang sangat dititikberatkan oleh ibu-ibu bekerjaya  yang berhasrat untuk meneruskan penyusuan susu ibu.

Pengalaman saya sendiri dapat menyusukan penuh sehingga lebih dua tahun, bukanlah perkara yang mudah sebenarnya, tapi dengan azam, tekad dan doa.

Ramai ibu – ibu yang masih dalam pantang sudah mulai mengumpul stok susu ibu atau EBM (expressed breast milk). 

TAHNIAH !

Kebiasaannya ibu – ibu akan mulai resah apabila mula nak masuk kerja. Bayi kecil lagi, tapi kuat menyusu. Umur baru 3 bulan, sekali minum 4oz. Kalau umur dah 6 bulan, 9 bulan, 1 tahun, berapa oz pula bayi ni akan minum? Boleh ke saya menyusukan anak sehingga 2 tahun ni? Susu pula semakin tak sporting saat mulai masuk kerja.

Bertenang! Jangan risau, dulu masa anak pertama pun saya mula kumpul stok susu ibu di saat – saat akhir juga. Tapi syukur saya berjaya susukan anak saya melebihi 2 tahun.
Apakah rahsia saya?
Birthday Lihan ke-2 tahun

Apa yang saya buat sehingga saya berjaya dengan mudahnya mengumpul stok susu ibu untuk anak saya? Teruskan membaca artikel ni. ðŸ˜‰

MENYEDIAKAN PERALATAN MENGEPAM

Dari segi peralatan, anda akan memerlukan:

  • Breast pump
  • Botol susu yang sudah di sterill untuk mengisi susu yang diperah
  • Bekas storage susu yang bersih (sudah di sterill untuk botol) (storage plastic bag)
  • Peti sejuk beku khas untuk menyimpan susu perahan. 


Untuk pemilihan breast-pumpPemilihan pam yang sesuai adalah sangat penting, kerana ia dapat membantu sesi pemerahan yang lebih berkesan. Dengan ini lebih banyak susu dapat diperah keluar untuk memastikan payudara dikosongkan dengan lebih sempurna. Dalam pemilihan pam yang sesuai untuk ibu terdapat beberapa faktor dan tips yang perlu diambil kira oleh ibu.

MULAKAN AWAL

Ibu-ibu boleh mula menyimpan stok se awal dalam pantang lagi. Jangan contohi saya, 2 minggu nak masuk kerja baru bertungkus lumus nak buat stok tapi susu merundum, makanya sebulan Lihan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pengajaran untuk saya!

Saya sarankan mulai kumpul stok susu dalam pantang lagi sebab production susu sangat banyak ketika ini. Pulangan pun banyak, baby pun gembira.

Ingat, jangan skip jadual mengepam dan terus konsisten ya jika mahu terus buat stok susu banyak dan jika mahu terus kekal exclusive breastfeeding si manja anda sehingga 2 tahun walaupun status anada adalah ibu yang bekerjaya.

Sekian sahaja perkongsian saya. Nak lagi tunggu next entry ❤

Salam sayang
Indai Lihan





No comments:

Post a Comment