5 Cara Banyakkan Susu Badan dalam pantang

Salam sejahtera, Entri kali ini bagaimana membuat susu ibu banyak waktu dalam pantang?
Sebenarnya mudah saja. Syaratnya awak seorang wanita yang sudah habis bersalin. Hihihi
Kali ini saya hanya berikan tips yang telah saya amalkan sepanjang tempoh pengalaman berpantang saya 2 tahun lepas.


1. Kerap menyusu

Lagi kerap anda susukan bayi yang baru lahir, lagi banyak penghasilan susu badan akan terhasil. Yang ini anda kena ingat sebab ia faktor paling penting dalam dunia. Bayi menyusu kerap mampu meransang hormon prolaktin yang boleh menghasilkan lebih banyak susu. 

2. Minum air kosong banyak

Paling penting elekkan minum air yang mengandungi kafien, seeloknya banyakkan minum air kosong sahaja. Selain itu soya mengandungi protien yang sangat baik untuk meningkat susu ibu. Saya sarankan ESP Shaklee yang mengandungi banyak kebaikan untu si ibu dan bayi

3. Jangan ada  jadual penyusuan

Jangan sekali kali memberi jadual dalam penyusuan. Lainlah kalau waktu mengepam. Anda harus faham konsep demand and suply. Selalunya bayi yang lapar akan tunjukkan tindak balas mereka dengan cara menangis. Dalam pantang, jangan runsing fikir tentang waktu pump. 

4. Pastikan Payudara anda kosong

Macam mana nak buat? Terdapat dua cara iaitu dengan kerap susukan bayi anda atau tolong pam payudara agar kosong. Gunakan kedua-dua belah payudara untuk menyusukan bayi anda. Jangan guna satu saja, nanti berat sebelah anda juga yang susah. Sebenarnya, apabila payudara sudah kosong, secara semula jadi ia akan proses untuk penghasilan susu badan yang baru dengan segera. Prosesnya memang Tuhan ciptakan sangat cantik dan unik. 

5. Urut payudara

Urut payudara cara jimat dan berkesan untuk menambah banyakkan susu badan. Saya sendiri amalkan masa awal-awal bersalin 2 tahun lepas. Sekarang dah tak urut walaupun Lihan masih menyusu pada usia 2 tahun 1 bulan.Untuk teknik mengurut, ibu-ibu bolehlah menjuenguk entri saya yang satu ni 2 teknik urutan untuk susu ibu .


Ingat ! Penyusuan Badan adalah Hak Anak

Salam sayang, 



No comments:

Post a Comment