Tanda tak cukup susu




"Baby asyik mengempeng je ni, maybe tak cukup susu"

"Baby dah tak kerap menyusu sebab sudah mulai makan, mungkin tiba masanya stop"

Tidak cukup susu  selalu menjadi penyebab untuk menghentikan penyusuan susu ibu bagi sesetengah ibu. 

SABAR IBU! Jangan terus terjun dalam pendapat ibu itu.


Apa faktor utama yang menyebabkan ibu pasti  yang susu ibu tidak cukup? Bagaimana ibu nak mengenal pasti jika susu ibu dah tidak cukup untuk bayi ibu?

Okey. Hari ini saya nak share mengenai tanda tidak cukup susu ibu untuk si manja

TANDA- TANDA PADA BAYI

1. Bayi kerap menangis
2. Bayi tidak tidur dalam jangka masa yang panjang
3. Kerap melekap dengan ibu 
4. Menghisap jari atau tangannya
5. Bayi akan minum susu formula jika diberikan

TANDA-TANDA PADA IBU

1. Ibu merasakan susunya nampak cair
2. Tidak mengalami 'kebocoran susu' (susu yang menitik keluar) di payudara atau tanda-tanda lain bagi refleks oksitosin (letdown)
3. Apabila diperah, susu yang keluar sangat sedikit atau tiada 
4. Payudara tak rasa penuh atau lebih ringan dan lembut berbanding sebelum penyusuan.

Opss!


Tanda-tanda di atas  BUKANLAH  TANDA menunjukkan yang ibu 'tidak cukup susu' yee. Ia hanyalah tanggapan ibu sahaja.


Image result for not enough milk for twins



TIPS MUDAH UNTUK IBU ADALAH KERAP KOSONGKAN PAYUDARA - jika susu tidak dikeluarkan dari payudara, penghasilan susu juga akan berkurangan.

ADA TAK CARA MENGATASI MASALAH KURANG SUSU untuk IBU?

"Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya" 

1. Menyusukan bayi dengan kerap setiap kali bayi menunjukkan signal mahu menyusu (nursing on demand).
2. Kerap mengosongkan payudara menggunakan pam susu atau hand expression.
3. Mengelakkan penggunaan puting tiruan atau pacifier.
4. Mengelakkan pemberian susu formula.
6. Minum air dengan kuantiti yang cukup. Minum bila merasa dahaga, sebelum dan selepas menyusu atau mengepam dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. (Kata Dietitian, ibu menyusu memerlukan sekurang-kurangnya 3Liter air sehari).
7. Makan makanan yang berkhasiat.
8. Pengambilan milk booster dapat membantu.
9. Penggunaan pam susu (breastpump) yang sesuai dengan ibu.

Semoga sharing kali ini bermanfaat

Salam sayang,



No comments:

Post a Comment