Dulu pernah terdetik di hati dan fikiran.
Mampukah saya menyusukan Lihan sehingga 24bulan?
Mampukah saya memberikan yang terbaik untuk Lihan?
Mampukah saya?
Anak sulung, sudah pasti saya ingin memberikan yang terbaik untuk dia.
Cinta hati pertama saya yang saya kandung selama 9 bulan.
Puji Tuhan, bulan ini genap 23 bulan penyusuan Lihan
Pencapaian yang terbaik yang pernah saya alami sebagai seorang ibu
Jika dulu terlalu khuatir sekarang saya hanya mampu tersenyum bahagia kerana perjalanan kami tidak semudah yang di sangka.
Jika ditoleh kembali ke belakang, Kenapa dulu saya khuatir?
Bersyukur sebab ada perasaan khuatir.
Kerana dari kekhuatiran tersebut saya berusaha yang terbaik untuk Lihan. Dari kekhuatiran tersebut saya bangkit untuk membuktikan kepada diri sendiri bahawa saya pasti dapat menjayakan penyusuan selama 24bulan.
Dorongan dari kumpulan sokongan yang membawa saya sehingga ke tahap ini
Bersahabat dengan golongan melayu muslim yang begitu mengambil berat akan penyusuan ibu memberi saya bersyukur saat ini. Terima kasih saudari ku.
Segala pujian tidak terlupa untuk peribadi yang senantiasa di sis (Tuhan Yesus)
Bagi peribadi yang mencari penyokong untuk menjayakan penyusuan, jangan pernah segan untuk menghubungi saya.
Siapa pun anda, apa pun bangsa anda, agama, budaya mahupun negeri, kita tetapi sama, Seorang ibu yang ingin menyusukan anak.
Follow juga page PROJEKSUSU di laman sosial Facebook, banyak cerita dan pengalaman ibu-ibu menyusu yang dapat dikongsikan di page tersebut.
Salam sayang ❤
No comments:
Post a Comment