SEBELUM KELAHIRAN
Ketika masih hamil, saya banyak buat pembacaan tentang isu-isu dalam penyusuan selain membaca tentang proses kelahiran atau bersalin. Maklumlah anak sulung. Berikut apa yang saya dapatkan sebelum melahirkan Lihan sebagai persediaan menyusukannya;
- Bra menyusu (3helai)
- Botol Tommee tippee
- Nursing cover
- Washable nursing pad (3pasang)
- Pump (Malish/ mango ilairia)
- Botol susu untuk simpan stok EBM (10)
- Breast cup (Freemie)
- Penghangat botol susu
Itu aje. Nampak macam sangat kan? Waktu itu masih belum kenal apa itu supplement jadi memang tidak termasuk dalam list. Mulai ambil supplement bila lihan masuk 3 bulan. Waktu itu susu merundum sangat. Saya jadinya tidak tentu arah, terima kasih kepada google sebab memperkenalkan saya dengan supplement shaklee yang sampai sekarang saya amal. Terbaik 👍
SELEPAS BERSALIN
15 minit selepas Lihan dilahirkan baru lah lihan menyusu sebab kami terpisah sementara menunggu saya sedar dari bius. Saya lahirkan lihan secara C-section. Sepatutny bius hanya setengah tubuh tetapi kes saya berlainan sebab bius sudah tiada kesan untuk tubuh saya jadi pakar mengambil keputusan untuk pengsankan terus . Hihih.
Perasan pertama menyusukan lihan, adalah pengalaman yang sangat bahagia. Syukur lihan teror latch (sebab lapar sebenarnya) jadi tiada masalah untuk saya menyusukan lihan sebab 2 hari sebelum kelahiran saya sudah berkampung di hospital dan sempat di ajar oleh nurse cara latch yang betul.
Selepas lihan lahir masalah tiada air susu keluar tidak saya alami sebab sepanjang tempoh saya hamil, saya rajin mengurut payudara sewaktu mandi untuk melancarkan perjalanan susu ( Petua orang lama)
Seminggu kami berdua berkampung di hospital sebab saya masih dalam pengawasan (sebab beranak c-section) dan Lihan tiba-tiba kuning. Sewaktu lihan kuning, saya hanya bergantung dengan susu ibu sahaja untuk menurukan paras kuning lihan selain lihan di simpan hawah lampu fototerapi. Kita tidak boleh lalai dari memberikannya susu badan, kerana itu sebaik-baik penawar buat kuning anak.
KETIKA BERPANTANG
Waktu berpantang pasti terasa amat sukar terutama bagi ibu-ibu yang pertama kali melaluinya. Sakit pasca-bersalin lain pula ceritanya. Tidak kira bagi yang bersalin normal atau pembedahan, ia ada kesakitan selepas bersalin masing-masing. Seperti saya, bersalin secara C-section, dalam tempoh masa penyembuhan luka jahitan ini amatlah memeritkan kerana kita sukar untuk duduk atau baring dengan nyaman. Rasa pedih yang tidak dapat digambarkan akan membuatkan kita sukar untuk menyusukan anak dengan selesa. Penggunaan nursing pillow ketika ini sangat membantu tetapi apakan daya nursing pillow tidak termasuk dalam list, saya guna bantal yang selesa sahaja sepanjang tempoh penyembuhan.
SELEPAS PANTANG
Sekitar habis 40hari berpantang dan sedia untuk kembali bekerja, belum pun umur lihan 2bulan, susu badan saya semakin kurang. Sedih sangat waktu itu. Apa yang saya buat adalah buat adalah power pumping! ini sekali sehari iaitu setiap malam, sekitar jam 2pagi-3pagi. Saya merasakan penghasilan susu saya meningkat secara drastik dalam tempoh seminggu sahaja.
- Harus ada double electric breastpump dan buat power pumping. Bagaimana membuat power pumping? Caranya ialah pam kedua-dua belah payudara secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat 10minit. Ulang lagi pam 10minit dan rehat 10minit. Kemudian ulang untuk kali terakhir, pam 10minit. Secara ringkas, 3kali sesi pam selama 10minit dan rehat juga 10minit untuk setiap sesi. Walaupun ada kalanya kita akam rasa susu tak keluar, teruskan dan lengkapi juga 10minit itu kerana ia akan menstimulasikan penghasilan susu. Positiflah, insyaallah ia memang berkesan. Dinasihatkan juga untuk membeli pam yang hospital grade atau atau heavy duty (twin/double pump)Harga pasaran RM420 jika tak salah pada ketika itu.
- Pemakanan. Asab saya susu berkuranganlah saya berkenalan dengan supplement Shaklee seperti Ostematrix, Vitamin C, Vitalea, Esp,Lecithin, B Complex dan OmegaGuard. Sayur 'kegemaran' adalah lobak putih dan , pilihan paling kerap untuk di makan. Minuman pula, setiap hari pasti minum Horlicks. Jika ke kedai makan pun pasti order air Milo. Kadang-kadang panas, kadang-kadang sejuk (ais). Selain itu, sangat banyak minum air. Menyusu badan ni buat kita rasa dahaga sangat-sangat. Jadi minumlah dengan banyak. Kita juga akan kerap lapar, jadi makanlah jangan biar diri kelaparan kerana ia akan menjejaskan penghasilan susu badan. Makanlah yang seimbang, agar khasiatnya tersalur kepada bayi anda.
- Berfikiran positif bahawa saya mampu menyusukan Lihan. Ramai yang kata bayi lelaki memang menyusu banyak. Tapi yakinlah rezeki itu atas Tuhan berdasarkan usaha kita. Selebihnya biarlah Tuhan jua yang menentukan.
Jadi bagi yang masih sihat kena la berjaga-jaga. Orang kata lebih mudah menjaga daripada merawat. Sekarang banyak program2 untuk breast cancer awareness seperti 'Pink October'. Kadang-kadang kita sebagai wanita terlepas pandang fungsi breast kita untuk berikan susu ibu iaitu anugerah terbaik kepada anak kita.
Jadi kat sini saya nak ajak ibu-ibu semua berusaha untuk susukan bayi dengan susu badan sekurang-kurangnya selama 6 bulan..dan terbaik kalau dapat sehingga 2 tahun. Untuk ibu-ibu yang tak mampu nak menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya saya tetap salute!
Sebab semua ibu nak yang terbaik untuk anak. Saya just nak kongsi kebaikan susu ibu dan saya rasa benda ini membantu bakal-bakal ibu di luar sana untuk terus usaha menyusukan anak.
Jangan lupa set your mind siap2 bakal ibu semua untuk cuba menyusukan anak dengan susu badan selama mana yang boleh!