10 Sebab Kenapa Saya Menyusu

Mengapa saya menyusukan?

Saya seorang ibu yang masih menyusukan anak dengan tegar. Kirschen Lihan sudah hampir 2 tahun (19 Feb 2017). Hanya menyusu dengan susu saya. Original lagi. Ramai yang bertanya, malahan terkejut saya masih lagi menyusukan Lihan. Tambahan lagi, saya bukan hanya menyusukan Lihan pada waktu malam sahaja, malahan pada waktu siang Lihan hanya meminum susu perahan. Itulah kerja yang saya di pejabat pada jam 0900 -0930 dan jam 0300-0330 petang. Waktu Tea break ❤



Tahun Pertama lihan ❤
10 Sebab kenapa saya menyusu?

1. Gerak hati naluri seorang ibu, instinct. Semenjak Lihan wujud dalam rahim. Niat untuk menyusukan Lihan sudah ada ❤

2. Bonding dengan anak. Apabila menyusu, sangat terasa ikatan antara ibu dan anak. saat mata bertentang, tangan memegang satu sama lain, indahnya (Hanya ibu yang menyusu sahaja mengetahui perasaan ini)

3. Keajaiban susu ibu. Ramai yang tidak menyangkal kebaikkan susu ibu. Jarang sekali Lihan mendapat demam yang lama. Jarang sekali sakit. Puji Tuhan. Lihan  anak yang senang dijaga sejak dari lahir lagi.

4. Tidak perlu mengusung beg susu kesana kesini. Sungguh mudah bila nak keluar. Tak payah termos, susu dan botol segala. semuanya tersedia. selak saja 😅

5. Tiada pencemaran. seringkali kita dengar berita pencemaran susu formula. susu yang tersimpan dan terbina dalam badan itu sentiasa fresh dan terbaik dari ladang!

6. Susu ibu kualiti nutrien dan komposisinya seiring dengan pertumbuhan anak. Maksudnya Jika Lihan berumur 23 bulan sekarang, susu yang terhasil amat sesuai dari segi nutrien dan perlindungannya untuk usianya. Lihan masih minum 2- 3 oz per feeding.

Tetapi berbeza dengan susu formula, 6 bulan pastinya sudahdah 8 oz.

(sebab itulah saya sentiasa menjaga pemakanan saya supaya berkhasiat dan mengambil makanan tambahan SHAKLEE breasfeeding set, supaya nutrisi untuk saya dan Lihan sentiasa tip top!)

7. Tiada belanja. Hanya sekali perbelanjaan untuk membeli gadjet pam dan segalanya. Harga pon yang paling murah di pasaran. Malish ilairia yang banyak berjasa.



Sahabat Penyusuan saya ❤

8. Saya menyusu sebab saya menyusu! Saya anak yang di susukan susu ibu oleh mami saya. Biarpun tidak lama seperti saya susukan Lihan. Saya mengikut jejak mami dan membuatnya lebih lama lagi. Mungkin sebab itulah saya juga memang sukar untuk demam. Puji Tuhan. Terima kasih Mami!


9. Saya dapat menjaga diri. Badan tidak naik walaupun makan dengan banyak. Anak menyusu kerap dapat membantu membakar kalori. 



10. Susu ibu tiada tandingan. Takkan boleh dibeli dimana-mana. Kekayaan untuk Setiap Bayi




10 Manfaat Susu Ibu Bagi Bayi
1. Pemberian Susu ibu pada bayi akan meningkatkan perlindungan terhadap banyak penyakit seperti radang otak dan diabetes.
2.   Susu ibuI juga membantu melindungi dari penyakit-penyakit biasa seperti infeksi telinga, diare demam dan melindungi dari Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) atau kematian mendadak pada bayi.
3.   Ketika bayi yang sedang menyusui sakit, mereka perlu perawatan rumah sakit jauh lebih kecil dibanding bayi yang minum susu botol.
4. Air susu ibu memberikan zat nutrisi yang paling baik dan paling lengkap bagi pertumbuhan bayi.
5.     Komponen air susu ibu akan berubah sesuai perubahan nutrisi yang diperlukan bayi ketika ia tumbuh.
6. Air susu ibu akan melindungi bayi terhadap alergi makanan, jika makanan yang dikonsumsi sang ibu hanya mengandung sedikit makanan yang menyebabkan alergi.
7. Pemberian Susu ibu dapat menimatkan perbelanjaan keluarga yang digunakan untuk membeli susu formula dan segala perlengkapannya.
8.  Air susu ibu sangat elok dan mudah, tidak memerlukan botol untuk disterilisasi, dan tidak perlu campuran formula.
9. Menyusui merupakan kegiatan eksklusif bagi ibu dan bayi. Kegiatan ini akan meningkatkan kedekatan antara anak dan ibu.
10. Risiko terjadinya kanser ovari dan payudara pada wanita yang memberikan Susu ibu bagi bayinya lebih kecil dari pada wanita yang tidak menyusui.
Makanya, ibu-ibu dan para calon ibu, susuilah anak anak anda ❤




No comments:

Post a Comment