Pengalaman Penyusuan bersama Lihan

Pengalaman ibu menyusukan anak mungkin ada perbezaan antara satu-sama lain. Walaubagaimanapun secara umumnya rata-rata adalah hampir sama. Di entri ini saya ingin kongsikan pengalaman penyusuan (susu badan ) anak pertama saya (dan masih satu-satunya buat masa ini), Kirschen Lihan syang akan genap 2 tahun pada 19 Feb 2017 ini nanti. Semoga bermanfaat 😁


SEBELUM KELAHIRAN



Ketika masih hamil, saya banyak buat pembacaan tentang isu-isu dalam penyusuan selain membaca tentang proses kelahiran atau bersalin. Maklumlah anak sulung. Berikut apa yang saya dapatkan sebelum melahirkan Lihan sebagai persediaan menyusukannya;
  1. Bra menyusu (3helai)
  2. Botol Tommee tippee 
  3. Nursing cover
  4. Washable nursing pad (3pasang)
  5. Pump (Malish/ mango ilairia)
  6. Botol susu untuk simpan stok EBM (10)
  7. Breast cup (Freemie)
  8. Penghangat botol susu


Itu aje. Nampak macam sangat kan? Waktu itu masih belum kenal apa itu supplement jadi memang tidak termasuk dalam list. Mulai ambil supplement bila lihan masuk 3 bulan. Waktu itu susu merundum sangat. Saya jadinya tidak tentu arah, terima kasih kepada google sebab memperkenalkan saya dengan supplement shaklee yang sampai sekarang saya amal. Terbaik 👍


SELEPAS BERSALIN

15 minit selepas Lihan dilahirkan baru lah lihan menyusu sebab kami terpisah sementara menunggu saya sedar dari bius. Saya lahirkan lihan secara C-section. Sepatutny bius hanya setengah tubuh tetapi kes saya berlainan sebab bius sudah tiada kesan untuk tubuh saya jadi pakar mengambil keputusan untuk pengsankan terus . Hihih.

Perasan pertama menyusukan lihan, adalah pengalaman yang sangat bahagia. Syukur lihan teror latch (sebab lapar sebenarnya) jadi tiada masalah untuk saya menyusukan lihan sebab 2 hari sebelum kelahiran saya sudah berkampung di hospital dan sempat di ajar oleh nurse cara latch yang betul. 

Selepas lihan lahir masalah tiada air susu keluar tidak saya alami sebab sepanjang tempoh saya hamil, saya rajin mengurut payudara sewaktu mandi untuk melancarkan perjalanan susu ( Petua orang lama)

Seminggu kami berdua berkampung di hospital sebab saya masih dalam pengawasan (sebab beranak c-section) dan Lihan tiba-tiba kuning. Sewaktu lihan kuning, saya hanya bergantung dengan susu ibu sahaja untuk menurukan paras kuning lihan selain lihan di simpan hawah lampu fototerapi. Kita tidak boleh lalai dari memberikannya susu badan, kerana itu sebaik-baik penawar buat kuning anak.


KETIKA BERPANTANG

Waktu berpantang pasti terasa amat sukar terutama bagi ibu-ibu yang pertama kali melaluinya. Sakit pasca-bersalin lain pula ceritanya. Tidak kira bagi yang bersalin normal atau pembedahan, ia ada kesakitan selepas bersalin masing-masing. Seperti saya, bersalin secara C-section, dalam tempoh masa penyembuhan luka jahitan ini amatlah memeritkan kerana kita sukar untuk duduk atau baring dengan nyaman. Rasa pedih yang tidak dapat digambarkan akan membuatkan kita sukar untuk menyusukan anak dengan selesa. Penggunaan nursing pillow ketika ini sangat membantu tetapi apakan daya nursing pillow tidak termasuk dalam list, saya guna bantal yang selesa sahaja sepanjang tempoh penyembuhan. 


SELEPAS PANTANG

Sekitar habis 40hari berpantang dan sedia untuk kembali bekerja, belum pun umur lihan 2bulan, susu badan saya semakin kurang.  Sedih sangat waktu itu. Apa yang saya buat adalah buat adalah power pumping! ini sekali sehari iaitu setiap malam, sekitar jam 2pagi-3pagi. Saya merasakan penghasilan susu saya meningkat secara drastik dalam tempoh seminggu sahaja.

  • Harus ada double electric breastpump dan buat power pumping. Bagaimana membuat power pumping? Caranya ialah pam kedua-dua belah payudara secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat 10minit. Ulang lagi pam 10minit dan rehat 10minit. Kemudian ulang untuk kali terakhir, pam 10minit. Secara ringkas, 3kali sesi pam selama 10minit dan rehat juga 10minit untuk setiap sesi. Walaupun ada kalanya kita akam rasa susu tak keluar, teruskan dan lengkapi juga 10minit itu kerana ia akan menstimulasikan penghasilan susu. Positiflah, insyaallah ia memang berkesan. Dinasihatkan juga untuk membeli pam yang hospital grade atau atau heavy duty (twin/double pump)Harga pasaran RM420 jika tak salah pada ketika itu.
  • Pemakanan. Asab saya susu berkuranganlah saya berkenalan dengan  supplement Shaklee seperti Ostematrix, Vitamin C, Vitalea, Esp,Lecithin, B Complex dan OmegaGuard. Sayur 'kegemaran' adalah lobak putih dan Sop Daun Paku Berbulu,  pilihan paling kerap untuk di makan. Minuman pula, setiap hari pasti minum Horlicks. Jika ke kedai makan pun pasti order air Milo. Kadang-kadang panas, kadang-kadang sejuk (ais). Selain itu, sangat banyak minum air. Menyusu badan ni buat kita rasa dahaga sangat-sangat. Jadi minumlah dengan banyak. Kita juga akan kerap lapar, jadi makanlah jangan biar diri kelaparan kerana ia akan menjejaskan penghasilan susu badan. Makanlah yang seimbang, agar khasiatnya tersalur kepada bayi anda.



                                
  • Berfikiran positif bahawa saya mampu menyusukan Lihan. Ramai yang kata bayi lelaki memang menyusu banyak. Tapi yakinlah rezeki itu atas Tuhan berdasarkan usaha kita. Selebihnya biarlah Tuhan jua yang menentukan. 




Kebaikan susu ibu ni memang tak boleh di sangkal lagi. Jadi dari sini kita dapat tengok betapa pentingnya semua anugerah Tuhan and tanggungjawab kita untuk menjaga dengan sebaik mungkin. Termasuklah payudara kita. Ini anugerah Tuhan bagi pada wanita.Tetapi tak lupa juga dengan orang yang tak bernasib baik yang menghidap breast cancer. 

Jadi bagi yang masih sihat kena la berjaga-jaga. Orang kata lebih mudah menjaga daripada merawat. Sekarang banyak program2 untuk breast cancer awareness seperti 'Pink October'. Kadang-kadang kita sebagai wanita terlepas pandang fungsi breast kita untuk berikan susu ibu iaitu anugerah terbaik kepada anak kita.

Jadi kat sini saya nak ajak ibu-ibu semua berusaha  untuk susukan bayi dengan susu badan sekurang-kurangnya selama  6 bulan..dan terbaik kalau dapat sehingga 2 tahun. Untuk   ibu-ibu yang tak mampu nak menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya saya tetap salute! 

Sebab semua ibu nak yang terbaik untuk anak. Saya just nak kongsi kebaikan susu ibu dan saya rasa benda ini membantu bakal-bakal ibu di luar sana untuk terus usaha menyusukan anak.

Jangan lupa set your mind siap2 bakal ibu semua untuk cuba menyusukan anak dengan susu badan selama mana yang boleh! 


Salam sayang 



10 Masalah penyusuan Ibu dihadapi oleh Ibu Menyusu


Dunia penyusuan susu ibu penuh cabaran. Bukan semua ibu mampu untuk menyusukan bayinya. Kadangkala datang ujian yang membuatkan ibu putus asa untuk terus menyusukan bayi. Jom kita kenal pasti apakah 10 masalah penyusuan yang biasa dihadapi dan apakah cara untuk mengatasinya


1. Payudara tersumbat dan susu tidak keluar

Punca:

Payudara tidak dikosongkan sepenuhnya setiap kali bayi menyusu. Payudara tidak dapat dikosongkan sepenuhnya kerana mungkin disebabkan lekapan semasa menyusu tidak betul, bra tidak ditarik ke atas tanpa membuka kancing.

Penyelesaian:

* Tuam payudara menggunakan tuala basah yang suam bagi melegakan sakit.

* Pam susu setiap dua jam sekali atau boleh gunakan kaedah memerah menggunakan tangan (teknik marmet).

* Pastikan tangan bersih sebelum mula memerah. Tekap payudara dengan tuala kecil yang direndam dengan air suam. Mula buat urutan menggunakan jari telunjuk dan tengah dan urut dengan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke aerola.

* Picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah bagi menggalakkan pengeluaran susu ibu. Lepaskan dan ulang sekali lagi sehingga payudara kosong. Ulang langkah yang sama untuk sebelah payudara lagi.

* Lebih mudah mencari liang susu yang tersumbat dengan cara membersihkan payudara anda.


2. Masalah bengkak susu

Punca:
Bengkak susu berlaku apabila payudara tersumbat. Ia boleh berlaku apabila ibu kurang mengepam atau bayi kurang menyusu secara efektif. Kesannya payudara akan menjadi hangat, bengkak dan keras. Seterusnya ibu akan berasa sakit dan demam.

Penyelesaian:

* Ambil sesuatu yang dapat mengurangkan demam.

* Tuam payudara dengan menggunakan tuala basah yang suam bagi menghilangkan rasa sakit.

* Teruskan menyusu bayi setiap dua jam sekali.

* Kerap pam susu dua jam sekali (jika tidak menyusu terus atau bayi sedang tidur).


3. Bayi menyusu sebelah sahaja

Punca:
Bayi cenderung mengiring ke arah yang sama semasa menyusu. Berkemungkinan payudara tersebut mengeluarkan susu lebih lancar berbanding yang satu lagi. Susu berkurang juga boleh menjadi punca. Selain itu, masalah kecederaan atau sikap ibu sendiri yang hanya menggemari salah satu payudara sahaja.

Penyelesaian:

* Usah alih posisi penyusuan bayi. Sebaliknya ibu hanya perlu mengubah kedudukan bayi. Sekiranya bayi mengiring ke kanan, tetap mengiringkan bayi ke kanan apabila mengubah payudara. Gunakan posisi football hold semasa menyusukan bayi.

* Susukan bayi ketika dia baru bangun dari tidur. Dalam keadaan mengantuk bayi akan mudah memberi kerjasama.

* Mulakan penyusuan dari sebelah payudara yang kurang digemari bayi. Ubah posisi kepala bayi ketika menyusu. Setelah payudara kosong barulah beralih ke payudara yang digemarinya.

* Menyusukan bayi di bilik gelap dan dalam keadaan sunyi dan tenang.

* Susukan sambil menghayun lembut bayi dalam dakapan.

* Buat urutan pada payudara yang tidak digemari. Mungkin aliran pengeluaran susu akan lebih lancar.


4. Masalah susu berkurang

Punca:
Masalah ini disebabkan kurang stimulasi pada payudara menyebabkan kurang susu dihasilkan. Selain itu, ia juga disebabkan kelaziman ibu menunggu sehingga payudara dirasakan bengkak barulah bertindak untuk mengepam susu.

Penyelesaian:

* Susu berkait rapat dengan demand dan suppy (bekalan dan permintaan). Makin kerap bayi menyusu atau susu dipam, makin banyak susu dihasilkan.

* Susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi.

* Pastikan bayi melekap dengan betul dan menyusu dari kedua-dua belah payudara.

5. Nipple atau Puting Merekah
Punca:

Ada banyak sebab sebenarnya yang menjadikan nipple merekah. Antaranya adalah kulit yang terlalu kering, teknik pam yang salah, dan yang paling selalu adalah disebabkan oleh teknik latching yang salah. Teknik latching yang salah kerap berlalu pada ibu yang baru. Jangan risau, apa yang salah boleh diperbaiki ya ibu ibu

Penyelesaian:

* Belajar cara latching yang betul dengan pakar laktasi mahupun nurse.

Kerapkan menyusu baby untuk mengasah cara menyusu yang baik.

* Selang selikan dengan 
payudara  yang tak luka supaya payudara  yang luka tersebut cepat sembuh.


6. Salur susu Tersumbat (Clogged/Plugged Ducts)
Punca:

Salur susu tersumbat biasanya berpunca daripada susu yang tidak keluar sempurna dari payudara. Biasanya bia ianya terjadi, ada bahagian payudara kita yang rasa keras dan lain dari kawasan payudara yang lain. Keadaan ini boleh menyebabkan ibu tideak senang badan sampai boleh demam

Penyelesaian:

* Kerapkan kosongkan payudara

* Jangan pakai bra yang terlalu ketat.

* Kerap tuam 
payudara  supaya pergerakan susu lancar


7. Mastitis
Punca:

Matitis adalah jangkitan dalam payudara yang disebabkan oleh salur susu yang tersumbat, dan bengkak susu. Matitis terjadi disebabkan oleh infection yang berlaku bila bengkak susu terjadi.

Penyelesaian:

* Segera berjumpa dengan doktor sebab biasanya doktor akan berikan anitbiotik untuk bunuh bakteria.

* Rajin tuam dengan air panas, mandi hot shower, berurut jika perlu.

* Kerap kosongkan 
payudara/ kerapkan menyusu


8. Puting leper atau tenggelam

Punca:

Bayi masih boleh menyusu walaupun puting leper kerana bayi perlu merangkum areola untuk mendapatkan susu

Penyelesaian: 

* Perlu yakin tentang kebolehan menyusu
* Gunakan picagari/pam/supple cups untuk tarik piuting keluar


9. 
Penyimpanan stok susu

Punca:

Seeloknya, ibu boleh mula memerah susu selepas dua minggu kelahiran…Bagi ibu yang bekerja yang tidak mendapat cuti yang panjang, boleh memerah susu sebaik mula bekerja untuk membuat stok simpanan

Penyelesaian:
* Pam setiap 3 jam apabila bayi tidur. Jika bayi terjaga, susukan bayi terlebih dahulu, kemudian sambung mengepam susu.

* Menyimpan susu dalam botol atau plastik keras

* Labelkan tarikh susu dipam.


10. Bayi tidak mahu menyusu


Punca:
Bayi yang tidak mahu menyusu badan dan bukan berada dalam proses bercerai susu, dikatakan sedang melalui "mogok penyusuan badan". Ini adalah caranya bayi anda memberitahu yang dia mempunyai masalah tertentu. Anda perlu menyiasat untuk mengenal pasti apakah masalah ini. 
Penyelesaian: 

Bayi anda tidak melekap dengan betul dan isi puting yang masuk ke dalam mulutnya tidak cukup untuk membolehkan dia menyusu dengan efektif. Adalah baik jika anda mendapatkan nasihat daripada kaunselor penyusuan untuk mengatasi masalah ini.

* Sakit mulut disebabkan oleh pertumbuhan gigi, lepuh sejuk (cold sores) atau jangkitan (seperti jangkitan kandida).

* Selesema atau hidung tersumbat yang menyukarkan bayi bernafas semasa menyusu.

Nikmati hubungan penyusuan susu ibu yang istimewa dengan bayi anda. Sebaik sahaja anda mencari alur anda dan memikirkan apa yang terbaik untuk anda dan bayi anda, satu-satunya “kesilapan” yang anda akan buat adalah bimbang melakukan kesilapan!

Mudah-mudahan anda yang membaca ini berjaya menyusukan bayi anda secara eksklusif, dan bagi yang belum ada rezeki menyusukan anak sebelum ini, tanamkan azam supaya anak yang bakal dilahirkan dapat disusukan dengan susu kita sendiri.

Semoga entry kali ini dapat menyelesaikan maslah penyusuan ibu ibu 


Salam sayang ❤






6 tips DO & DON'T jika mahu menyusu Eksklusif

Breastfeeding oh Breastfeeding ❤

Setiap wanita yang bergelar ibu mempunyai naluri ingin menyusu si manja tetapi hanya yang terpilih sahaja yang mampu menjayakan perjalanan penyusuan ibu untuk si manja.

 
Image result for jangan merungut dalam penyusuan








Sekiranya ibu-ibu mahu menjayakan Penyusuan , Jom ikut tips yang saya amalkan ini 6 tips DO & DON'T

Image result for do pictures

1. Gembira
gembira
  • Tahukah ibu semua, mental dan emosi ibu berkait rapat dengan pengeluaran susu ibu. Dengan kata lain sekiranya ibu sedang bersedih atau fikiran tidak tenang kerana ada masalah ia akan memberi kesan kepada penghasilan susu. Susu akan berkurangan atau lebih malang apabila susu tidak keluar langsung ketika dipam.Tetapi sekiranya ibu sedang gembira dan senang hati, penghasilan susu berjalan lancar dan pengalirannya laju ketika dipam.
  • Ingat ya, ibu menyusu perlu sentiasa gembira kerana mental dan emosi yang bahagia akan menghasilkan susu yang lancar. 

2. Direct Latch
Image result for pentingnya baby menyusu direct
  • Hari-hari pertama kehidupan mereka. Jangan tanya KENAPA? Kecuali kalau anda bersedia untuk menghadapi fasa "NIPPLE CONFUSION" yang mana situasi yang sangat ramai ibu hadapi dan end up dengan GIVE UP! Sesungguhnya cara menghisap botol dan direct dengan  ibu berbeza sama sekali dari segi pergerakan otot mulutnya dan semestinya flow (aliran susu) dari puting tiruan jauh lebih laju dari susu ibu membuatkan anak kita jadi malas untuk berusaha dan menghisap terus dari payudara kerana dia sudah mula jadi "EFFORTLESS BABY"..ini kerana jika minum melalui botol tiruan mereka tak perlu berusaha keras untuk dapat setitik susu kerana ada puting yang tak perlu isap pun sudahh menitik sendiri .Jadi anak cuma menggunakan lidah utk menelan sahaja susu yang keluar mudah dari puting botol.Penggunaan puting tiruan menggangu penyusuan ibu! - Noorfazila Binti Abdul Rahman (CLC)

3. Jadual Pump
    Image result for pentingnya jadual pump susu
  • Tugas mengepam susu adalah sebahagian daripada rutin wajib yang mesti dilakukan oleh ibu menyusu terutama sekiranya bekerja. Tahukah anda bahawa jadual mengepam susu secara konsisten membantu ibu mengekalkan pengeluaran susu. 
    Bayangkan anda meninggalkan anak selama lapan jam sehari ketika keluar bekerja namun hanya mengepam sekali atau dua kali, tentu sahaja penghasilan susu akan semakin berkurangan. 
    Untuk mengekalkan momentum susu agar sentiasa dihasilkan, ibu perlu menghantar isyarat ke otak. Ia boleh dilakukan menggunakan kaedah jadual mengepam yang konsisten. Ibu jangan sesekali culas dengan jadual tersebut. Disiplin itu penting! 
    Selang masa mengepam adalah mengikut jarak masa bayi menyusu. Di awal usianya dua bulan, biasanya bayi menyusu dalam tempoh dua jam sekali dan semakin meningkat mengikut peningkatan usianya.
    Jadi, ibu boleh tetapkan masa mengepam yang sama setiap hari supaya otak terbiasa menghantar isyarat penghasilan susu dan ibu juga tidak terlupa dengan masa mengepam.
    Contoh sesi mengepam yang disarankan adalah seperti berikut:
    ⇨ Sesi 1 : 9 pagi
    ⇨ 
    Sesi 2: 12 tengahari
    ⇨ 
    Sesi 3: 3 petang
    ⇨ 
    Sesi 4: 6 petang
  • Info penting yang mesti diketahui ibu, jangan percaya kata-kata kononnya tunggu sehingga payu dara bengkak baru boleh mengepam. Tidak kira sama ada payu dara anda bengkak atau tidak, ibu wajib pam susu!
  • Ini ialah cara ibu merangsang kilang susu supaya sentiasa aktif. Walaupun payu dara tidak bengkak, susu akan tetap keluar juga. Jangan risau walaupun susu yang dipam sekadar 1 auns kerana percayalah hasil yang diperoleh tetap cukup untuk keperluan anak anda. 

4. Simpan Stok
  • Bagi memastikan bayi mendapat susu mencukupi sepanjang ketiadaan anda ketika bekerja, pastikan stok perahan susu ibu yang ada memenuhi keperluannya. Sewaktu berada di tempat kerja anda perlu menjalankan rutin memerah susu supaya anda dapat menyimpan stok perahan susu ibu yang bukan sahaja cukup untuk keperluannya esok hari malah untuk tempoh jangka masa yang lebih panjang.

5. Air Suam
  • Air merupakan keperluan yang penting untuk badan kita dan menyumbang lebih kurang 60% dari komponen berat badan kita. Secara am, kita akan kehilangan lebih kurang 1.5-2.8 liter sehari melalui sistem perkumuhan kita seperti berpeluh, kencing dan sebagainya. Keperluan utama air bagi ibu-ibu menyusu adalah untuk mengembalikan kuantiti air yang hilang dari badan melalui sistem perkumuhan sehari-sehari, untuk mengelakkan dehidrasi, keletihan dan sebagainya. Tidak ada kajian yang menunjukkan kaitan kuantiti air yang banyak diambil oleh ibu itu akan menyebabkan kuantiti susu juga bertambah.


6. Pemakan Tambahan
  • Supplement hakikatnya ialah untuk membantu si ibu mendapat semua keperluan zat yang diperlukan oleh tubuh badan serta mengisi kekosongan dalam tubuh badan. Apabila keperluan itu dipenuhi, Si ibu tadi akan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik dengan kesihatan yang baik.
Pemakan tambahan untuk ibu menyusu
  • Namun bagi ibu yang menyusu, diingatkan bahawa kejayaan penyusuan yang disokong oleh pengambilan supplement perlulah memenuhi 3 perkara ini iaitu
  • Sesi perahan yg konsisten ~ setiap 3 jam
  • Pengambilan air yang secukupnya ~ > 3liter sehari
  • Doa yang berterusan.







Image result for kenapa perasaan tertekan tidak boleh dalam penyusuan
1. Jangan mudah mengalah
  • Jangan cepat berputus asa, lupakan seketika masalah yang membuatkan ibu bersedih. Bertenang dan bersabar, buatlah perkara yang boleh menggembirakan diri sendiri atau makanlah makanan yang boleh menggembirakan anda demi mengembalikan pengaliran susu yang lebih lancar.
  • Fikirkan bayi yang memerlukan susu ibu dan misi sendiri untuk menyusukan anak sehingga berusia dua tahun.


2. Jangan Tertekan
    Related image
  • Tertekan? Jangan bimbang kerana ia tidak menyebabkan kuantiti susu ibu berkurang. Memang tidak dinafikan terlalu ramai ibu beranggapan bahan stress adalah punca susu ibu berkurangan. Pada hakikatnya tidak!!Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan susu ibu berkurangan jika difahami dan dipelajari betul-betul ilmu tentang penyusuan. Namun, jika anda berasa tertekan dan letih serta pada masa yang sama memikirkan susu anda berkurang akibat tekanan, ia akan menjadi benar!! Ini kerana, apa yang anda fikirkan akan mempengaruhi produksi susu anda.
  • Memang tidak dinafikan bahawa ada sesetengah golongan ibu yang awal-awal lagi sudah berputus asa dan mengatakan bahawa mereka tidak ada susu dan mengambil jalan mudah untuk memberikan susu formula kepada anak mereka tanpa mendalami dan memahami ilmu penyusuan yang sebenarnya. Wahai ibu sekalian, jangan mudah berputus asa.Tahukah anda bahawa kira-kira 2% golongan ibu sahaja diatas sebab-sebab tertentu tidak dapat menghasilkan susu secukupnya. Payudara ibu menghasilkan susu mengikut keperluan bayi. Jadi, jika penyusuan terganggu dan bayi tidak menyusu dengan cukup, penghasilan susu ibu akan berkurang.


2. Pengambilan minuman bergas dan ber ais
    Image result for no caffeine drinks
  • Semua kita sedia maklum bahawa minuman berkabornat mengandungi gula yang tinggi, maka kalori dari itu juga tinggi. Untuk seketika ianya mungkin bagus untuk membuatkan si ibu rasa banyak susu yang terhasil namun minuman berkabornat tidak bagus diambil untuk jangka panjang.
  • Ini kerana kandungan gas itu boleh mengganggu sistem penghadaman dan usus kita. Bila si ibu sakit maka pastinya penghasilan susu ibu itu sendiri akan terganggu.
  • Secara perlahan2 amalan ini akan mengganggu penghasilan susu ibu. Walaupun mungkin tidak berlaku kepada semua ibu namun yang ibu pasti amalan ini akan menyebabkan si ibu mudah mendapat sakit urat disebabkan pengambilan ini yang berterusan. 


4. Merungut setiap masa
    Related image
  • Jangan sesekali merungut atau rasa kecewa dengan hasil perahan tetapi sebaliknya sentiasa bersyukur agar Allah menambahkan nikmat seperti janjiNya iaitu Allah akan menambahkan nikmat kepada sesiapa sahaja yang bersyukur. Allah sentiasa menyayangi ibu2 yang menyusukan anaknya kerana dah itu yang disarankan.
  • Bersyukurlah sekiranya dalam sehari ibu-ibu hanya mendapat 2 auns dari hasil pumping sebab 2 auns tersebut adalah rezeki untuk anak kita juga. 


5. Pengambilan minuman berkafien.
    Related imageKafein menggangu kelancaran saraf dalam jangka panjang. Walaupun ada yang membuat kenyataan, buah kopi mengandungi antioksida yang tinggi. Namun kita tidak makan buah kopi ratah begitu sahaja...ianya diproses dan telah kita maklum kopi itu mengandungi kafein yang lebih tinggi berbanding teh.  Tiada kopi tanpa kafein samalah keadaannya dengan tiada susu tanpa lemak. Sebab itu statement yang biasa kita jumpa ialah kopi rendah kafien atau susu rendah lemak.
  • Tahukah Ibu-ibu bahawa  kafien boleh memusnahkan vitamin B dan C yang sedia ada dalam badan kita? Sebab itu ibu-ibu yang suka minum kopi tak kiralah kononnya rendah kafien tetapi inilah puncanya ibu itu cepat letih dan senang sakit. Sebab vitamin B dan C yang sedia ada termusnah akibat kafien tadi. Memang banyak faktor lain yang memusnahkan vitamin B dan C sebagai contoh bila kita terlalu terdedah dengan matahari, namun ianya boleh dikurangkan dengan pengambilan payung atau pemakaian topi. Tetapi kemusnahan vitamin ini melalui kafien dapat dikurangkan dengan pengambilan minuman kopi itu sendiri. Ada pihak yang claim kopi sangat bagus untuk tenaga, ya tapi untuk jangkamasa sekejap sahaja dan ianya adalah silent killer untuk jangka panjang. Lagi banyak kopi yang kita minum maka lagi tinggi risiko untuk sakit sendi , urat , cepat letih dan boleh menggangu emosi apabila badan kita terlalu kurang vitamin B.
  • Bagi ibu yang menyusu Vitamin B sangat membantu agar lebih bertenaga dan mempunyai mood yang baik , hati yang tenang dan gembira.

6. Menghentikan penyusuan ketika kembali kerja
    Related image
  • Kembali bekerja boleh memberi tekanan kepada semua ibu-ibu baru, tetapi kadang-kadang, ibu-ibu menyusu menghadapi cabaran tambahan; seperti mencari tempat yang tenang, bersih untuk mengepam susu ibu, dan menyelaras waktu rehat sepanjang hari. Jangan berputus asa; ambil tindakan!
  • Berbincang dengan ketua anda mungkin boleh membantu anda. Dia mungkin mempunyai penyelesaian di mana anda boleh mengepam yang mungkin anda tidak tahu. Dan dia mungkin akan lebih memahami apabila anda perlu meninggalkan di mesyuarat.


Nikmati hubungan penyusuan susu ibu yang istimewa dengan bayi anda. Sebaik sahaja anda mencari alur anda dan memikirkan apa yang terbaik untuk anda dan bayi anda, satu-satunya “kesilapan” yang anda akan buat adalah bimbang melakukan kesilapan!

Mudah-mudahan anda yang membaca ini berjaya menyusukan bayi anda secara eksklusif, dan bagi yang belum ada rezeki menyusukan anak sebelum ini, tanamkan azam supaya anak yang bakal dilahirkan dapat disusukan dengan susu kita sendiri.

Untuk mencuba  produk yang saya amalkan, sila hubungi saya di : 

Add Fb saya : Kezia Wan untuk chatting secara langsung dengan saya

Salam sayang ❤
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ❤

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***



Roti Goreng Sosej Mudah

Hari ini nak share tentang resepi untuk sarapan pagi mahupun untuk minum petang.

Sabtu lepas suami beli sandwish, so ligat lah otak berfikir apa menu sarapan untuk keluarga saya , asyik mee kolok saja tiap weekend 👅👅. Penting sekali, si kecil dapat join makan sekali.

Jadi ini adalah resepi sarapan pagi kami sabtu lepas ❤❤

Roti Goreng Sosej

Bahan-bahan

  • 5 keping roti sandwish
  • 5 batang sosej
  • 2 biji telur (asingkan 1 putih telur) - jangan lupa dipukul
  • Breadcrumbs secukupnya (serbuk roti_ - Saya guna Roti khong guan

Bahan-bahan 

Cara-cara

  • Tumbuk roti dalam lesung sehingga hancur yang memuaskan anda 
  • Celup sosej ke dalam putih telur, lepas itu letakkan diatas roti, kemudian gulung kemas. Gamkan tepi roti dengan telur putih supaya tidak terbuka. Lakukan sehingga roti habis.
  • Kemudia celupkan ke dalam kuning telur dan golekkan ke atas serbuk roti
  • Goreng dengan api sederhana hingga kuning keperangan. Jangan leka sebab terleka sekejap, rentunglah jadinya.
  • Sesudah masak boleh dihidangkan dengan soso cili ataupin mayonis.

Gambar sumber google.
Tak sempat di snap sebab sudah kena Ngap 👅👅

Untuk bahan-bahan, korang boleh adjust ikut mulut orang yang makan. Yang ini khas untuk 3 orang. Seketul roti dipotong 2 jadi seorang dapat 3 ketul. Berkira kan 👅. Bukan apa, tak mahu membazir ❤

Selamat menjamu selera 

Salam Sayang ❤


Nukilan Dari hati Seorang ibu Menyusu



Dulu pernah terdetik di hati dan fikiran.

Mampukah saya menyusukan Lihan sehingga 24bulan?

Mampukah saya memberikan yang terbaik untuk Lihan?

Mampukah saya?

Anak sulung, sudah pasti saya ingin memberikan yang terbaik untuk dia.

Cinta hati pertama saya yang saya kandung selama 9 bulan.

Puji Tuhan, bulan ini genap 23 bulan penyusuan Lihan

Pencapaian yang terbaik yang pernah saya alami sebagai seorang ibu

Jika dulu terlalu khuatir sekarang saya hanya mampu tersenyum bahagia kerana perjalanan kami tidak semudah yang di sangka.

Jika ditoleh kembali ke belakang, Kenapa dulu saya khuatir? 

Bersyukur sebab ada perasaan khuatir.

Kerana dari kekhuatiran tersebut saya berusaha yang terbaik untuk Lihan. Dari kekhuatiran tersebut saya bangkit untuk membuktikan kepada diri sendiri bahawa saya pasti dapat menjayakan penyusuan selama 24bulan.

Dorongan dari kumpulan sokongan yang membawa saya sehingga ke tahap ini

Bersahabat dengan golongan melayu muslim  yang begitu mengambil berat akan penyusuan ibu memberi saya bersyukur saat ini. Terima kasih saudari ku.

Segala pujian tidak terlupa untuk peribadi yang senantiasa di sis (Tuhan Yesus)

Bagi peribadi yang mencari penyokong untuk menjayakan penyusuan, jangan pernah segan untuk menghubungi saya.

Siapa pun anda, apa pun bangsa anda, agama, budaya mahupun negeri, kita tetapi sama, Seorang ibu yang ingin menyusukan anak.

Follow juga page PROJEKSUSU  di laman sosial Facebook, banyak cerita dan pengalaman ibu-ibu menyusu yang dapat dikongsikan di page tersebut. 

Salam sayang ❤