Roti Goreng Sosej Mudah

Hari ini nak share tentang resepi untuk sarapan pagi mahupun untuk minum petang.

Sabtu lepas suami beli sandwish, so ligat lah otak berfikir apa menu sarapan untuk keluarga saya , asyik mee kolok saja tiap weekend 👅👅. Penting sekali, si kecil dapat join makan sekali.

Jadi ini adalah resepi sarapan pagi kami sabtu lepas ❤❤

Roti Goreng Sosej

Bahan-bahan

  • 5 keping roti sandwish
  • 5 batang sosej
  • 2 biji telur (asingkan 1 putih telur) - jangan lupa dipukul
  • Breadcrumbs secukupnya (serbuk roti_ - Saya guna Roti khong guan

Bahan-bahan 

Cara-cara

  • Tumbuk roti dalam lesung sehingga hancur yang memuaskan anda 
  • Celup sosej ke dalam putih telur, lepas itu letakkan diatas roti, kemudian gulung kemas. Gamkan tepi roti dengan telur putih supaya tidak terbuka. Lakukan sehingga roti habis.
  • Kemudia celupkan ke dalam kuning telur dan golekkan ke atas serbuk roti
  • Goreng dengan api sederhana hingga kuning keperangan. Jangan leka sebab terleka sekejap, rentunglah jadinya.
  • Sesudah masak boleh dihidangkan dengan soso cili ataupin mayonis.

Gambar sumber google.
Tak sempat di snap sebab sudah kena Ngap 👅👅

Untuk bahan-bahan, korang boleh adjust ikut mulut orang yang makan. Yang ini khas untuk 3 orang. Seketul roti dipotong 2 jadi seorang dapat 3 ketul. Berkira kan 👅. Bukan apa, tak mahu membazir ❤

Selamat menjamu selera 

Salam Sayang ❤


Nukilan Dari hati Seorang ibu Menyusu



Dulu pernah terdetik di hati dan fikiran.

Mampukah saya menyusukan Lihan sehingga 24bulan?

Mampukah saya memberikan yang terbaik untuk Lihan?

Mampukah saya?

Anak sulung, sudah pasti saya ingin memberikan yang terbaik untuk dia.

Cinta hati pertama saya yang saya kandung selama 9 bulan.

Puji Tuhan, bulan ini genap 23 bulan penyusuan Lihan

Pencapaian yang terbaik yang pernah saya alami sebagai seorang ibu

Jika dulu terlalu khuatir sekarang saya hanya mampu tersenyum bahagia kerana perjalanan kami tidak semudah yang di sangka.

Jika ditoleh kembali ke belakang, Kenapa dulu saya khuatir? 

Bersyukur sebab ada perasaan khuatir.

Kerana dari kekhuatiran tersebut saya berusaha yang terbaik untuk Lihan. Dari kekhuatiran tersebut saya bangkit untuk membuktikan kepada diri sendiri bahawa saya pasti dapat menjayakan penyusuan selama 24bulan.

Dorongan dari kumpulan sokongan yang membawa saya sehingga ke tahap ini

Bersahabat dengan golongan melayu muslim  yang begitu mengambil berat akan penyusuan ibu memberi saya bersyukur saat ini. Terima kasih saudari ku.

Segala pujian tidak terlupa untuk peribadi yang senantiasa di sis (Tuhan Yesus)

Bagi peribadi yang mencari penyokong untuk menjayakan penyusuan, jangan pernah segan untuk menghubungi saya.

Siapa pun anda, apa pun bangsa anda, agama, budaya mahupun negeri, kita tetapi sama, Seorang ibu yang ingin menyusukan anak.

Follow juga page PROJEKSUSU  di laman sosial Facebook, banyak cerita dan pengalaman ibu-ibu menyusu yang dapat dikongsikan di page tersebut. 

Salam sayang ❤




#Projeksusu bantu menjayakan Perjalanan Penyusuan anda

Salam sejahtera  dan Selamat tahun baru rakan-rakan yang membaca entry saya (belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU)
.
Semoga sentiasa dalam nikmat sihat dan moga-moga tahun ini kita lebih berjaya dan cemerlang berbanding tahun yang lalu. AMIN
.
Kepada kaum ibu, samada yang sekarang ni sedang menyusu, yang sedang hamil dan akan bersalin tak lama lagi, saya dengan rendah diri  mengajak semua untuk LIKE page group #ProjekSusu ini sebagai tanda sokongan kepada ibu-ibu menyusu.


Official Logo #Projeksusu


Bila cerita tentang penyusuan,Saya percaya bahawa semua ibu bercita-cita untuk sempurnakan penyusuan bayi selama 2 tahun. Tapi bukannya mudah.


 Antara cabaran terbesar yang seringkali dihadapi oleh ibu-ibu seperti 

  • susu sikit, 
  • tidak mendapat sokongan suami dan keluarga, 
  • kurang ilmu, 
  • cepat letih dan
  • anak tidak mahu menyusu.
Jadi page group #ProjekSusu diwujudkan untuk membantu selesaikan masalah ibu-ibu.
.
Kalau yang belum mendirikan rumahtangga atau yang baru berkahwin boleh ke LIKE?


Amatlah di alu-alukan kerana segala ilmu, info, tips dan petua tentang penyusuan yang bakal dikongsikan sangat berguna dan boleh dijadikan panduan apabila anda bergelar sebagai seorang ibu suatu hari nanti.
.
Penulisan di page #ProjekSusu adalah perkongsian ilmu dan pengalaman tentang penyusuan daripada pakar laktasi dan juga ibu-ibu menyusu. Turut dikongsikan tentang nutirisi ketika hamil termasuklah ketika berpantang.
.
Sama-sama kita support each other untuk menjayakan penyusuan.
Moga membantu.
.
Like, share & follow #ProjekSusu
.
Terima kasih.
.
#ProjekSusu


"Support US to Support Others"


10 Sebab Kenapa Saya Menyusu

Mengapa saya menyusukan?

Saya seorang ibu yang masih menyusukan anak dengan tegar. Kirschen Lihan sudah hampir 2 tahun (19 Feb 2017). Hanya menyusu dengan susu saya. Original lagi. Ramai yang bertanya, malahan terkejut saya masih lagi menyusukan Lihan. Tambahan lagi, saya bukan hanya menyusukan Lihan pada waktu malam sahaja, malahan pada waktu siang Lihan hanya meminum susu perahan. Itulah kerja yang saya di pejabat pada jam 0900 -0930 dan jam 0300-0330 petang. Waktu Tea break ❤



Tahun Pertama lihan ❤
10 Sebab kenapa saya menyusu?

1. Gerak hati naluri seorang ibu, instinct. Semenjak Lihan wujud dalam rahim. Niat untuk menyusukan Lihan sudah ada ❤

2. Bonding dengan anak. Apabila menyusu, sangat terasa ikatan antara ibu dan anak. saat mata bertentang, tangan memegang satu sama lain, indahnya (Hanya ibu yang menyusu sahaja mengetahui perasaan ini)

3. Keajaiban susu ibu. Ramai yang tidak menyangkal kebaikkan susu ibu. Jarang sekali Lihan mendapat demam yang lama. Jarang sekali sakit. Puji Tuhan. Lihan  anak yang senang dijaga sejak dari lahir lagi.

4. Tidak perlu mengusung beg susu kesana kesini. Sungguh mudah bila nak keluar. Tak payah termos, susu dan botol segala. semuanya tersedia. selak saja 😅

5. Tiada pencemaran. seringkali kita dengar berita pencemaran susu formula. susu yang tersimpan dan terbina dalam badan itu sentiasa fresh dan terbaik dari ladang!

6. Susu ibu kualiti nutrien dan komposisinya seiring dengan pertumbuhan anak. Maksudnya Jika Lihan berumur 23 bulan sekarang, susu yang terhasil amat sesuai dari segi nutrien dan perlindungannya untuk usianya. Lihan masih minum 2- 3 oz per feeding.

Tetapi berbeza dengan susu formula, 6 bulan pastinya sudahdah 8 oz.

(sebab itulah saya sentiasa menjaga pemakanan saya supaya berkhasiat dan mengambil makanan tambahan SHAKLEE breasfeeding set, supaya nutrisi untuk saya dan Lihan sentiasa tip top!)

7. Tiada belanja. Hanya sekali perbelanjaan untuk membeli gadjet pam dan segalanya. Harga pon yang paling murah di pasaran. Malish ilairia yang banyak berjasa.



Sahabat Penyusuan saya ❤

8. Saya menyusu sebab saya menyusu! Saya anak yang di susukan susu ibu oleh mami saya. Biarpun tidak lama seperti saya susukan Lihan. Saya mengikut jejak mami dan membuatnya lebih lama lagi. Mungkin sebab itulah saya juga memang sukar untuk demam. Puji Tuhan. Terima kasih Mami!


9. Saya dapat menjaga diri. Badan tidak naik walaupun makan dengan banyak. Anak menyusu kerap dapat membantu membakar kalori. 



10. Susu ibu tiada tandingan. Takkan boleh dibeli dimana-mana. Kekayaan untuk Setiap Bayi




10 Manfaat Susu Ibu Bagi Bayi
1. Pemberian Susu ibu pada bayi akan meningkatkan perlindungan terhadap banyak penyakit seperti radang otak dan diabetes.
2.   Susu ibuI juga membantu melindungi dari penyakit-penyakit biasa seperti infeksi telinga, diare demam dan melindungi dari Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) atau kematian mendadak pada bayi.
3.   Ketika bayi yang sedang menyusui sakit, mereka perlu perawatan rumah sakit jauh lebih kecil dibanding bayi yang minum susu botol.
4. Air susu ibu memberikan zat nutrisi yang paling baik dan paling lengkap bagi pertumbuhan bayi.
5.     Komponen air susu ibu akan berubah sesuai perubahan nutrisi yang diperlukan bayi ketika ia tumbuh.
6. Air susu ibu akan melindungi bayi terhadap alergi makanan, jika makanan yang dikonsumsi sang ibu hanya mengandung sedikit makanan yang menyebabkan alergi.
7. Pemberian Susu ibu dapat menimatkan perbelanjaan keluarga yang digunakan untuk membeli susu formula dan segala perlengkapannya.
8.  Air susu ibu sangat elok dan mudah, tidak memerlukan botol untuk disterilisasi, dan tidak perlu campuran formula.
9. Menyusui merupakan kegiatan eksklusif bagi ibu dan bayi. Kegiatan ini akan meningkatkan kedekatan antara anak dan ibu.
10. Risiko terjadinya kanser ovari dan payudara pada wanita yang memberikan Susu ibu bagi bayinya lebih kecil dari pada wanita yang tidak menyusui.
Makanya, ibu-ibu dan para calon ibu, susuilah anak anak anda ❤




Supplement untuk ibu menyusu


Set ini sesuai untuk ibu berpantang dan menyusu. Dalam set ni semuanya supplement yang amat digalakkan dan dicadangkan untuk ibu berpantang dan menyusu yang terdiri daripada Vitalea, Ostematrix, ESP, Alfalfa, Omega Guard dan Vitamin C.  

Sepanjang penyusuan, saya amalkat pset post natal dari Shaklee sahaja ❤

Set ini terdiri daripada : 


1 - OsteMatrix™

Bagaimana ia membantu memperbanyakkan susu ibu?

Ostematrix, iaitu kalsium turut penting dalam diet ibu menyusu. Tambahan pula jika anda terdiri daripada mereka yang tidak suka meminum susu maka di sinilah pentingnya pengambilan pil kalsium seperti Ostematrix ini.

Ostematrix ini bukan sahaja membantu ibu meyusu kekal cergas, tetapi antara kesan yang paling baik ialah ia dapat membantu para ibu menghilangkan sakit-sakit badan yang di tanggung selama ini akibat kekurangan kalsium yang hilang sepanjang tempoh kehamilan.

Ostematrix juga membantu susu ibu sentiasa cukup ketika si ibu datang bulan. 

Kenapa Ostematrix Shaklee terbaik?

Tahukah anda Ostemarix Shaklee turut mengandungi magensium, vitamin D dan zink yang mana semua ini dapat membantu memudahkan penyerapan kalsium dalam tubuh. Tidak semua supplement kalsium di pasaran mengandungi magnesium. Ostemarix Shaklee lengkap dengan magnesium serta Vitamin D. Satu tablet mengandungi 250mg kalsum dan jika anda menyusukan anak, 4 biji sudah pun mencukupi kerana keperluan ibu menyusu adalah 1000-1500 mg sehari. 


2 - OmegaGuard™


DHA yang terkandung di dalam ¸ akan menyingkirkan lemak berlebihan yang tidak diperlukan oleh badan. Jadi ibu menyusu akan kekal langsing dalam tempoh penyusuan, ditambah lagi dengan kebenaran bahawa pembakaran lemak akan menjadi aktif semasa sesi penyusuan dilakukan. Gabungan inilah yang akan menghasilkan badan yang sihat dan langsing kepada ibu menyusu. Ibu-ibu akan menerima 2 pakej kebaikan  iaitu badan ramping dan sihat, dapat juga menyusukan bayi .

Ada lagi rahsia kebaikan Omega Guard Shaklee ni? Bayi yang disusukan oleh ibu yang mengambil Omega Guard Shaklee juga akan mendapat kebaikan bersama, DHA akan membantu bagi mengoptimumkan fungsi otak. Otak anak akan lebih aktif dan hasilnya anak semakin pintar.



3 - Sustained Release Vita-C Plus™

Tahukah anda, viatmin C sangat penting untuk menajga salur darah. Ia juga bertindak sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan ini sangat bermanfaat kepada bayi anda.

Sekiranya bayi anda demam, anda boleh meningkatkan pegambilan dose dari 2 biji seari kepada 4 biji sehari. Sekiranya si ibu terluka dan melecet di bahagian puting, vitamin C ini dapat mempercepatkan proses pembaikan luka tersebut.

Selain daripada itu, BONUS yang ibu dan bayi dapat daripada Viatmin C ialah kulit ibu dan bayi makin bersih , cerah dan cantik kerana vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

4 - Alfalfa Complex 

Untuk ibu yang menyusukan bayi pula, alfalfa merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.


5 - Vita-Lea® Iron Formula

Kepelbagaian Khasiat - salah satu supplement paling seimbang dengan khasiat yang lengkap, dirumus khas untuk membekalkan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Pengambilan Vita Lea:-
  1. Menggalakkan kecergasan dan kesihatan keseluruhan tubuh
  2. Menguatkan tulang dan system imun.
  3. Melindungi  tubuh daripada radikal bebas


6 - ESP - Soy Protein Isolate Powder

Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.


Hubungi saya segera jika berminat !

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***